che-dolahKelantan jangka RM3 juta transaksi di Ekspotani 2014
HARAKAHDAILY, 5 September 2014

PASIR MAS: KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menjangkakan sebanyak RM3 juta transaksi jual beli akan berlaku sepanjang penganjuran Ekspotani Kelantan 2014 yang bermula kelmarin sehingga 7 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, penganjuran itu bertujuan untuk mengiktiraf para petani dan usahawan tani yang menyumbang ke arah perkembangan pertanian negeri Kelantan.

Ianya juga katanya bagi memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan kejayaan yang dicapai disamping dapat mempromosikan produk yang dihasilkan kepada orang ramai.

Antara lain, pada program itu juga diadakan pesta makan buah-buahan tempatan, bengkel usahawan lebah kelulut, kejohanan bolasepak warga pertanian piala pusingan exco Pertanian, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan beruk petik kelapa dan pameran ternakan.

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada media selepas majlis perasmian program itu kelmarin, Che Abdullah mahu rakyat negeri itu memanfaatkan tanah terbiar dengan pertanian.

Katanya, selain ianya dapat menambahkan sumber ekonomi keluarga, ianya juga dapat mengurangkan pembiakan aedes.

“Kawasan terbiar ini boleh menjadi sarang pembiakan nyamuk jika diabaikan, jadi lebih baik ia ditanam dengan pelbagai tanaman bersesuaian di samping dapat menjaga kebersihan persekitaran,” katanya.

Majlis perasmian Ekspotani Kelantan 2014 yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob semalam.

Pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Perak itu juga seramai 15 orang petani menerima anugerah masing-masing.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa