MB Kelantan lancar Tabung Ihya' Ramadanihya2
Harakah Daily, Muhammad Yusri Amin, 28 Jun 2014.

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sambutan Ihya’ Ramadan 1435 Hijriah yang dijalankan di Kelantan tahun ini memperlihatkan kelainan apabila pengisian sambutannya diperbanyakkan berbanding sambutan pada Ramadan yang lalu. Ini termasuk sambutan pada peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang berlangsung di Madinah Ramadan, Dataran Stadium di sini.


 
Difahamkan, tahun ini pihak Kerajaan Negeri mensasarkan lebih RM1.5 juta kutipan derma untuk Tabung Ihya’ Ramadan.
 
“Dijangka pungutan lebih dari itu, ini dilihat kepada minat bersedekah yang tinggi dalam kalangan masyarakat, bahkan sedekah juga diterima daripada kalangan non-muslim.
 
“Mereka melihat amalan Ramadan dalam kalangan masyarakat muslim sangat mulia, bahkan ia mampu mempertingkatkan hubungan silaturrahim selain melipatgandakan ibadat,” kata Menteri Besar pada Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan 1435 Hijriah di Medan Ilmu.
 
Sempena kedatangan Ramadan, sambutan Ambang Ramadan 1435 Hijraiah diadakan di setiap Dewan Undangan Negeri,  dengan gerak kerja ke arah mencetuskan kasih dan sayang masyarakat terhadap Ramadan al-Mubarak, selain menyampaikan buah tamar, beras dan minyak masak kepada kumpulan sasaran.
 
Kesedaran ke arah memperbanyakkan amalan membaca al-Quran serta amalan sunat yang lain dijalankan penganjur di samping digalakkan diadakan kuliah keagamaan, berbuat baik kepada anak yatim, jiran tetangga dan fakir miskin.
 
Pada pengisian sambutan itu diadakan juga gerai pameran buku dan demonstrasi penusilan Seni Khat.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa