Ertikan Sayang Dengan Bijaksana

Ditulis oleh Super User. Posted in Kolumnis

“Resam padi jadikan panduan,

makin berisi menyembah bumi

Kasih sayang jalinkan ikatan

hidup damai mulanya di hati.”

Melihat erti kasih sayang dalam konteks hidup bermasyarakat dan kaitannya dengan akidah bertuhan yang dianuti menjadikan skop kupasannya padat dan menyeluruh.

Dalam mendefiniskan kasih sayang ada rujukan sebagaimana beberapa hadis nabi SAW yang bermaksud:

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Bukhari dan Muslim).

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling memerlukan bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.” (HR. Muslim)

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah khabarkanlah kepadaku amalan yang dapat memasukkan aku ke Surga”. Rasulullah SAW menjawab; “Sembahlah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, dirikan solat, tunaikan zakat dan sambunglah silaturahmi (kasih sayang persaudaraan)”. (HR. Bukhari)

Sabdaan-sabdaan ini memberikan mesej jelas betapa peri-pentingnya kuasa kasih sayang. Sandarannya Allah dan Rasul atau dengan kata lain atas kebaikan. Frasa ini menolak kasih sayang yang tidak bertempat iaitu permusuhan dan sampah kemaksiatan.

Lalu dalam memahami isu ini marilah kita memahami pengertiannya dalam bentuk yang lebih kompleks dan bijaksana berhikmah..

Menyusun bicara tanpa menoleh kiri kanan kebanyakannya akan mengundang malang. Apa lagi andai bicara itu tidak diulang fikir berkali-kali sebelum diluahkan. Dan seperti biasa bicara variasi; lisan, tulisan mahupun isyarat yang difahami.

Hikmah bijakasana pula pastinya telah difahami. Kevariasian yang boleh diguna untuk 'alahkan roma' mereka yang dituju tindak-bicara.

Ada masa menggunakan buku lima dianggap hikmah bijaksana. Pada sesetengah keadaan. Guna pujuk lembut sudah biasa diguna cuma cara lain yang selain itu masih sukar diterima ramai.

Apa pun semua cara yang meraikan suasana dan hak sebenarnya dalam ruang lingkup hikmah bijaksana. Tujuannya redha Allah dan tentunya ia tidak berlawanan dengan 'mahmudah' dan 'fatanah' manusia.

Lalu dalam menelusur laluan itu, ada satu asas yang perlu dikejap-kemaskan. Lafaz 'Tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu rasulullah' punya signifikan dalam urusan sosial harian.

Hikmah bijaksana perlu lah meraikan kesemua ini. Dalam hidup sebagai mukmin pastinya tunjang akidah menyatukan semua bangsa dan jantina. Asasnya perlu sama. Kayu ukurnya perlu diselaraskan sekalipun teknikalnya variasi.

Uruslah kehidupan dengan sejahtera dalam ruang lingkup kasih sayang. Ucapan syahadah yang disebut ulang perlu masuk ke hati semua mukmin. Mahu bertindak apa pun toleh lah kiri kanan dan paling penting ertikannya dengan bijaksana. 

Sekian.

Oleh : Muhammad Najid Abdullah

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa