Think On Your Feet

Posted in Kolumnis

Oleh    : Muhammad Najid Abdullah

Sebetulnya saya peroleh perkataan ini semasa saya menyebut perkataan “spontaneous” di hadapan seseorang yang agak senior dalam kerjaya untuk merujuk kepada sikap baik yang ada pada seseorang pekerja.

‘Spontaneous’ yang saya maksudkan adalah sikap boleh bertindak balas dengan cepat terhadap sesuatu tugasan yang diberikan. Boleh bertindak balas dengan pantas terhadap apa jua kerja yang dilakukan. Tidak kaku dan statik.

Ia merujuk kepada perilaku yang diterjemah dalam Bahasa Inggeris sebagai ; “To think and react quickly, especially in a situation where things are happening very fast.”

Boleh berfikir sambil berkerja. Sifat ini diterjemah juga sebagai pro-aktif dan berinovatif. Sikap dan sifat yang terkadang dikatakan ‘poyo’ dan punyai definisi skeptikal bagi sesetengah orang. Sesekali ia menjadi paranoid yang sukar untuk dimudahkan kefahamannya.

Pun begitu, saya cuba serasikan perkataan “think on your feet” dengan apa yang terkandung dalam ajaran agama. Sekurang-kurang ada satu dua firman dan sabda yang menepatinya.

Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah At-Tin: ayat 4)

Maksudnya: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu (Anak perempuan nabi Shuib AS) berkata: "Wahai ayah, ambillah dia (Musa AS) menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah". (Surah Al-Qashash: ayat 26)

Indikator utama dalam dua ayat ini ialah kelebihan yang Allah kurniakan kepada manusia serta prasyarat yang sepatutnya ada dalam mengurus tabdir kehidupan. Manusia punyai kelebihan.

Dalam surah At-tin, diceritakan soal kesempurnaan ciptaan manusia sesuai dengan keadaan sekalipun kesempurnaan mutlak hanya milk Allah SWT. Sekurang-kurang manusia diberikan hak dan kekuasaan untuk mencari ruang-ruang sempurna dalam hidup seharian.

Perincian seterusnya dalam Surah Al-Qashash di atas adalah pengiktirafan yang dicadangkan oleh Allah melalui dialog anak perempuan Nabi Shuib AS iaitu kuat dan amanah. Kekuatan dijelmakan dalam bentuk kuat fizikal dan mental manakala amanah pula adalah kekuatan rohani.

Penambahan ciri amanah memberikan signifikan kepada kelangsungan kekuatan fizikal dan mental. Tidak akan lengkap fizikal dan mental tanpa diikat kemas dengan kekuatan dalaman iaitu hati nurani yang tunduk kepada pencipta, iaitu Allah SWT.

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Seseorang pekerja apabila diberikan tugas, maka hendaklah ia laksanakan dengan sefokus yang mungkin.”

Rasulullah SAW bersabda lagi: 

Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.”  (Hadis riwayat Muslim)

Inilah garis yang mendasari tindakan “Think on your feet”. Sentiasa perkasa dalam melakukan apa sahaja tugas. Minda yang sentiasa bergerak seiring perubahan keadaan. Sikap ini diterjemah dalam UMI sebagai ‘Itqan’.

Nah, inilah dia tugas kita. Pro-aktif dan inovatif sekalipun dua perkataan ini agak fobia dalam kaca minda kita, tetapi sesekali kaitkanlah ia dengan saranan agama.

Yang menulis belum tentu pro-aktif dan inovatif. Tetapi secara positif melakar susunan ayat agar difahami lantas menuntut pahala menyampai di Akhirat nanti. Andai terlihat ‘bajet-bagus’, maafkan saya.

Apa pun “think on your feet”.

Sekian.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa