Senyumlah, Bibir Dan Hati

Ditulis oleh Super User. Posted in Kolumnis

Rasulullah SAW bersabda :

“Senyumanmu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah.”                                                    

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Dari Abu Dzar Radiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda  :

”Janganlah kamu memandang rendah sedikitpun suatu kebajikan, walaupun sekadar kamu bertemu  saudaramu dengan wajah berseri-seri”. (Hadis Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda :

“Senyum manismu di hadapan saudaramu dan orang lain adalah sedekah” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Anas bin Malik meriwayatkan, beliau berkata,

”Suatu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah SAW Ketika itu baginda memakai serban dari daerah Najran yang hujungnya agak kasar. Tiba-tiba baginda bertemu dengan seorang Badwi (Arab kampung). Tanpa disangka, lelaki Badwi itu langsung menarik serban Rasulullah SAW dengan kuat sehingga aku melihat kesan merah di bahu baginda. Lelaki Badwi itu dengan kasar berkata, “Suruh orangmu memberi harta Allah kepadaku yang engkau simpan sekarang juga!” Kelakuan kasar dan sombong si Badwi tersebut membuatkan para sahabat sangat marah dan ingin mengajarnya. Namun Rasulullah SAW melayani sikap kasar lelaki Badwi itu dengan senyuman dan berkata kepada kami dengan senyum manis pula, “Berilah lelaki ini makanan apa sahaja yang dia mahu. Kami lantas memberi si Badwi makanan yang dia pinta. Dan kami tidak jadi mengajar si Badwi kerana senyuman Rasulullah SAW. (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Semua hadis di atas berkisar soal senyuman. Ia hanya diantara dua bibir yang melakar senyuman. Dengan hanya senyum beroleh pahala di Akhirat.

Kata Najwa Muhaidin dalam lagunya; “Senyum tak perlu kata apa-apa.”

Aliff Satar Ft PU Yeop pula melantunkan suara menukilkan soal senyum; “Jika berkata, kata semolek-moleknya. Ucapkan salam dan berjabat tangan, berikan senyuman. Itulah sabda kasih Tuhan, pasti hidup diberkati, dilimpahi Nur Ilahi”

Senyum barangkali mudah disebut. Atau paling mudah disarankan pada orang lain bila ditimpa kemelut. Bahkan anak-anak kecil juga boleh memahami gambaran "smiley" yang dipamer dimana-mana.

Senyumlah juga penyelesaian mudah yang boleh dibuat ketika gundah. Sekalipun senyum sukar dilakukan kerana ia ada hubungkait dengan hati. Dari hati yang girang gembira munculnya senyuman. Ia fitrah.

Ada ketika senyum boleh dibuat-buat. Senyum paksa atau senyum kelat. Lain pula halnya dengan senyum sinis. Senyum-senyum yang dibuat ini bukan muncul dari hati. Ia dikawal otak.

Pelbagai teori ketenangan diketengahkan berkaitan senyuman. Sekalipun hanya senyum buat-buat tapi ia digalakkan agar dapat secara terbalik memujuk hati untuk gembira.

Ada ketika betul. Ya, kadangkala menjadi. Senyuman dibuat-buat akhirnya memujuk hati. Ada masa kelatnya muncul jua. Atau ia dikesan sinis.

Untuk hidup bahagia, kejarlah redha Allah jua. Kerana redha Allah ada dimana-mana. Jika dunia ini kaitnya dengan Akhirat, apa salah senyuman di bibir diselaraskan dengan hati.

Senyumlah dari hati kerana ia ubat kebahagiaan hidup. Kita dan mereka yang berada disekeliling.

Senyumlah. Lakarlah senyuman di bibir dari naluri hati.

Kumpulan PMBK

 02b  04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa