Tangan Yang Memberi

Situasi I

“Assalamualaikum” sapaan salam itu mengejutkan kakitangan yang sedang tekun berkerja

Ada yang diam meneruskan kerja. Ada juga yang menjawabnya

“Wa alaikummussalam, lama tak jumpa bos. Zakat-zakat macam mana?”

Berseloroh sebegitu sudah menjadi kebiasaan sesama kakitangan. Lebih-lebih lagi jika kakitangan itu berlainan pejabatnya. Tingkat enam dan tingkat empat pun sudah lain tempatnya. Sesekali jumpa ketika ada urusan dan jika yang bersolat Jemaah di masjid, bertembung hanya di masjid. Berbalas senyum tanpa sempat berbual panjang.

“Enta asnaf mana?” Jawapan itu memecahkan tawa. Yang tekun berkerja juga ketawa sama.

Situasi ii

“Mengantuk. Qiam ke semalam?” sapa seorang kakitangan

“Rumah dekat dengan masjid. Alang-alang masjid buat qiam, join la.” Jawab kakitangan yang disapa.

“masjid tu buat qiam sekali dengan sahur ke? Kalau ada sahur boleh join”, pertanyaan penuh minat.

“tak ada lah. Rumah dekat. Lepas qiam balik sahur. Lepas tu pergi laj semula”, jujur jawapan diberikan. Sejujur perilaku yang dicontohkan.

“Tak payah la cari masjid yang sedia sahur. Bawa saja kurma yang ada di rumah. Sahur sama-sama dengan ahli Jemaah. Sedekahkan makanan untuk bersahur. Lagi berkat”, tiba-tiba ada yang mencelah. Hanya senyum mengiringi perbualan. Barangkali inilah rahmat tarbiah Ramadhan.

Situasi iii

“cantiknya bakul. Siapa punya?” soalan sejujur itu menimbulkan tanda tanya.

“ni hajah tempah untuk bondanya. Hadiah hari raya,” jawab yang ditanya

“Bagusnya hajah. Caranya boleh tiru. Berbuat baik pada ibu bapa selagi mereka masih ada,” pujinya walaupun hajak,tuan yang menempah bakul tidak ada di hadapan.

“Selalunya memang kita akan bagi juga hadiah pada ibu bapa dan mertua tetapi tidaklah secantik ini. Barangnya sama tetapi persembahannya berbeza. Barangkali cara begini lebih baik dari hanya berbungkuskan plastic.” Pujian itu dipanjangkan lagi, melauhkan apa yang terbuku di hati.

“Memangnya bukan mahal hadiah yang dinilai Allah tetapi keikhlasan. Namun memberikan hadiah dengan persembahan yang cantik dan sedap dilihat juga sebenarnya menambahkan keikhlasan.”, penjelasan itu mematikan perbualan.

Ketiga-tiga situasi ini saya bawakan untuk kita rencahkan minda fikir. Sudah tiba masanya kita buang minda mengharapkan untuk selamanya menerima.

Pada ketiga-tiga situasi , soalan apakah kita masih termasuk dalam kategori asnaf penerima zakat perlu dijawab oleh diri masing-masing. Jika tidal layak, berusahalah untuk tidak menerima pemberian tetapi bertindaklah sebagai pemberi.

Adakah kita masih mengharapkan masjid menyediakan makanan sahur sedangkan kita masih boleh berfungsi sebagai penghulur bantuan dan situasi ketiga membayangkan persembahan pemberian. Seeloknya dipersembahkan dalam persembahan yang cantik dan sedap mata memandang. Sekalipun ia bukanlah suatu keutmaan tetapi sekurang-kurangnya pemberian itu akan lebih bermakna.

Dengan situasi kedewasaan yang kita bukan lagi anak-anak yang layak menerima. Kita seharusnya melakarkan graf kehidupan sebagai seorang pemberi kerana tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Soal sikit atau banyak bukanlah menjadi isu besar. Yang penting keyakinan dan jiwa besar untuk berada di tahap yang lebih baik. Iaitu sebagai pemberi.

Sabda Nabi SAW,

Maksudnya “Sesungguhnya Allah akan merahmati para hamba-Nya yang ruhama’ iaitu suka mengasihi yang lainnya.” (HR. Al-Buhkari) 

Maka siapa yang memberikan menyantuni dan berkasih sayang dengan manusia sekelilingnya, Allah akan mengasihinya dengan rahmat kurnia yang berlipat kali ganda.

Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya; "Siapa yang menghilangkan kesulitan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan menghilangkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat. . .  dan Allah akan senantiasa menolong seorang hamba selama ia mau menolong saudaranya.” (HR. Muslim)

Hadis tersebut menunjukkan keutamaan memenuhi keperluan kaum muslimin, memberi kemanfaatan bagi mereka dengan ilmu, harta, bantuan, harta benda, nasihat dan lain-lain kebajikan kepada yang memerlukan. Inilah cerminan golongan yang suka memberi.

Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberikan manfaat pada orang lain. Berhentilah dari bermindakan mengharapkan pemberian. Berusahalah dan berdoalah untuk menjadi golongan yang memberi.

 

Sekian. Salam hormat.

Muhammad Najid Abdullah

Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia

Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Kumpulan PMBK

 02b  04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa