MBI - Dilingkaran Luar Kotak

 

Saya amat tertarik dengan slogan ungkapan yang sering bermain di benak orang Kelantan sejak 1990;

 

“Gabungan ulamak, profesional dan aktivis dalam menjayakan hasrat murni memartabatkan Islam di bumi Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.”

 

Lantas coretan kali ini mengungkapkan pemerhatian nyata dalam merealisasikan slogan “Membangun Bersama Islam” seperti berikut :-

 

1. Tidak ada istilah ”Traffic Jammed” yang teruk.

 

2. Ada Kuliah Mingguan buat pengisian rohani.

 

3. Hari Jumaat, terpegun tengok makcik-makcik menahan kereta sewa dengan destinasi ke Kuliah Jumaat.

 

4. Setiap waktu berlari-lari anak-anak muda ke surau atau masjid untuk solat berjemaah, walau sebelumnya kelihatan berseluar suku kaki (3 quarter)

 

5. Bos tidak pernah mencari anak buah jika routine sekitar “8.20 pagi/8.30 pagi” bergegas ke surau untuk solat Dhuha.

 

6. Solat Berjemaah di waktu pejabat amat digalakkan.

 

7. KFC, McDonald, Pizza Hut, Kenny Rogers, Mydin Hypermarket, Marrybrown ditutup sejam sewaktu solat jumaat.

 

8. Pengasingan kaunter bayaran lelaki perempuan dan keluarga. Sekalipun ada juga yang tidak peka gambar tunjuk jantina,tapi sekurang-kurang ia mengandung peraturan yang membawa mesej “mengurangkan percampuran” dan memberikan keselesaan kepada wanita khasnya.

 

9. Wanita, dewasa dan anak-anak kecil terbiasa dengan kewajipan bertudung walau gayanya pelbagai.

 

Dan banyak lagi...

 

Sebelum mengakhiri tulisan ini, mari kita sama-sama menyelesaikan teka teki di bawah:

 

box

 

Jadikan kotak di atas sebagai segiempat dan selesaikan masalah berikut:-

 

1. Kotak 1 bahagikan kepada 2 bahagian sama besar

 

2. Kotak 2 bahagikan kepada 3 bahagian sama besar

 

3. Kotak 4 bahagikan kepada 4 bahagian sama besar

 

4. Kotak 5 bahagikan kepada 7 bahagian sama besar

 

Jawapan perlu dihantar ke Unit Pembangunan Sumber Manusia atau terus sahaja layangkan jawapan ke Jabatan Pembangunan Korporat.

 

Tiga jawapan terawal dan betul akan layak menerima saguhati dari Jabatan Pembangunan Korporat.

 

Bertemu lagi di keluaran akan datang.

 

Sekian.

 

ZURAIDAH MOHD HUSSIN

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat

13 Safar 1435 / 16 Disember 2013

Kumpulan PMBK

 02b  04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa