Penjajahan bukanlah hanya sekadar bermaksud kedatangan orang luar untuk menakluki dan mentadbir negara tetapi lebih jauh dari itu penjajahan bermaksud meletakkan negara di bawah dasar pentadbiran yang tidak berlandaskan kehendak Allah SWT. Oleh kerana itulah, Islam tidak diaggap sebagai penjajah sekalipun ia disebarkan di seluruh dunia. Beza di antara kuasa Islam dengan penjajah ialah Islam datang dengan membawa agama dan tidak bertindak mengangkut keluar hasil mahsul negeri yang dibuka berbeza dengan penjajah yang mengangkut keluar hasil mahsul tanah jajahan. Bahkan hakikatnya, bukan hanya Inggeris, Jepun, komunis, Belanda dan Portugis sahaja penjajah, tetapi anak bangsa sendiri pun juga merupakan penjajah jika mentadbir negara dengan dasar-dasar rasuah, zalim dan menindas anak bangsa sendiri. Bahkan sekiranya berlaku penafian hak anak jati tanah air terhadap hasil buminya sendiri yang diangkut keluar, ia juga merupakan satu bentuk penjajahan moden dan ia perlu diperbetulkan dengan neraca keadilan.

 

Petikan dari Ucapan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Hj Nik Mat di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54 peringkat negeri Kelantan tahun 2011 dan Hari Malaysia, 16 Septemer 2011.

Kumpulan PMBK

 02b  04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa