Banner-Aktiviti-2014

PMBK SERTAI PROGRAM CAKNA RAKYAT 2016, KOK KELI
Tumpat, 05 Rabiul Awal 1438H bersamaan 05 Disember 2016

program.cakna.rakyatPada 03 Disember 2016, PMBK telah menyertai program kerakyatan anjuran Majlis Tindakan DUN Pasir Pekan dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Negeri Kelantan yang mengadakan Program Cakna Rakyat 2016 bertempat di Kem Pengakap Kok Keli, Tumpat bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Turut serta adalah kumpulan anak syarikat PMBK yang mempelbagaikan lagi pameran iaitu dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Majaari Services Sdn Bhd (MSSB), Kifaalah Sdn Bhd (KSB), Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBC) dan Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT).

PMBK & Kumpulan telah menyertai program dengan mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan, informasi dan maklumat korporat, dan pembukaan kaunter khidmat termasuklah kaunter bayaran bil air AKSB melalui van bergerak, kaunter perkhidmatan sedut tangka septik MSSB serta kaunter aduan bagi memberi peluang kepada pengunjung yang datang ke majlis tersebut.

PMBK sendiri telah mengadakan promosi pemilikan permis perniagaan di Bazar Tok Guru dengan tawaran-tawaran yang menarik, jualan lot kedai dan pejabat yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa dan jualan hartanah melalui pemilikan rumah Banglo dan Semi-D di tapak Perumahan Wadi Iman, Kok Lanas.

Pelbagai lagi gerai pameran telah dibuka di tapak Program Cakna Rakyat ini dan antaranya ialah gerai-gerai aktiviti dan gerak kerja di bawah kendalian DUN Pasir Pekan. Selain itu, sumbang-sumbangan turut diberikan kepada hadirin melalui sumbangan kebajikan, Skim Takaful Kifaalah; cabutan bertuah dan sumbangan kepada anak-anak yatim yang disampaikan sendiri oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj Ahmad Yakob dan dibantu oleh isterinya, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid.

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b