Banner-Aktiviti-2014

KUM TEROKAI GAYA PENGANGKUTAN BERTEKNOLOGI HIJAU
KOTA BHARU, 20 Safar 1438H bersamaan 20 November 2016

mou.kumh orideSatu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd dan Oride (M) Sdn Bhd bagi pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan basikal elektrik di Kelantan telah diadakan di Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Acara menandatangani memorandum tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK iaitu Tuan Haji Abdul Rashid Mohd Yusoff.

KUMH ialah sebuah anak syarikat milik penuh PMBK yang bertindak sebagai pusat setempat pelaburan berkaitan utiliti dan teknologi hijau bagi memastikan pembangunan tersebut dapat disepadukan dan sumber negeri dioptimakan. Oride ialah sebuah syarikat yang khusus dalam menyediakan penyelesaian basikal pintar sebagai satu cara pengangkutan di kawasan bandar melalui basikal elektrik (E-Bike) dan sistem perkongsian basikal (Bike Share).

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa16b