• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

News Banner Berita Terkini

altHari raya pertama bersama MB baru di Kelantan
Malaysia Kini, Zahiruddin Zabidi, 4 Ogos 2013

Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan yang baru Datuk Haji Ahmad Yaakob, 63, atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Mat dalam kalangan rakyat Kelantan khususnya dalam kawasan beliau di Dun Pasir Pekan. Secara rasminya beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013 sekali gus bersama barisan exco yang sudah siap dipilih.

Ustaz Mat merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan semenjak tahun 2004 juga merangkap Timbalan Yang di-Pertua Dewan Ulama PAS Pusat bagi sesi 2011-2013. Seorang tokoh yang disegani dalam kalangan ahli dan pimpinan parti serta rakyat jelata kerana sifat berat mulutnya namun amanah sebagai Adun bagi rakyat kawasannya ternyata diakui dijalankan dengan baik.

Sebagai pengundi di kawasan beliau, meskipun penulis sangat jarang pulang ke kampung namun setiap kali berpeluang berjumpa dengan kedua ibu ayah, saudara-mara dan orang-orang tua di kampung, pujian terhadap Ustaz Mat tidak pernah lekang jika ditanya mengenai beliau meskipun mereka adalah orang UMNO!

Ini adalah kerana, memang menjadi sikap Ustaz Mat dari semenjak beliau menjadi Adun Pasir Pekan, setiap kematian, majlis kahwin, tahlil dan sebagainya disantuni oleh beliau tanpa mengira warna parti rakyat. Jikapun beliau tidak dapat hadir awal disebabkan kesibukan tugas rasmi sebagai TMB, maka isteri beliau akan mendahului menziarahi rakyat yang berkeperluan itu.

Beliau barangkali antara pemimpin politik yang paling jarang dilihat menyampaikan ceramah politik sama ada di kawasan beliau sendiri mahupun di luar kawasan. Namun itu bukan bermakna beliau seorang yang culas dalam menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang Adun dan juga Timbalan Menteri Besar sebelum ini (ironinya kehebatan dalam retorik ceramah seringkali dijadikan indikator bagi menilai seorang pemimpin politik partisan di Malaysia!).

Pelantikan beliau meskipun terpalit juga beberapa isu yang menjadi perhatian serius oleh ahli parti dan rakyat Kelantan, namun ia berjaya diatasi dengan baik sekali gus menamatkan desas-desus mengenai siapakah yang paling layak dan menjadi pilihan bagi menggantikan mantan Menteri Besar Kelantan selama hampir 23 tahun, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sedikit sebanyak kewibaan dan rekod bersih yang dipegang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selama memimpin barisan eksekutif kerajaan negeri di Kelantan termasuk pimpinan parti di peringkat negeri memberikan tekanan kepada Ustaz Mat bagi beliau kekalkan. Selain daripada mengekalkan rekod bersih, bagi rakyat Kelantan yang berada di luar negeri pastinya ingin melihat apakah pembaharuan yang bakal dibawa oleh Ustaz Mat selepas diamanahkan menjadi Menteri Besar.

Harapan kepada MB baru

Sikap berat mulut Ustaz Mat selain daripada kehidupan peribadi beliau yang sederhana menjadikan beliau kurang popular dalam kalangan pengamal media. Taip sahaja nama beliau di Google atau mana-mana laman sesawang media massa, sangat sedikit carian yang menemukan nama beliau. Barangkali itulah keistimewaan Ustaz Mat dan pembaharuan dalam pemerintahan beliau.

Namun sebagai rakyat Kelantan yang mempunyai harapan yang tinggi kepada kepemimpinan baru Ustaz Mat, suka penulis mengemukakan beberapa pandangan yang barangkali ada kebaikan bagi diberi perhatian. Sebagai MB baru, Ustaz Mat yang juga bekas pendidik sebelum terjun ke alam arena politik pasti lebih memahami dengan lebih baik isu-isu yang dibangkitkan ini.

Sedari hampir 23 tahun Kelantan yang terkenal dengan gelaran Negeri Serambi Mekah kerana pusat pengajian berorientasikan pengajian ilmu-ilmu Islam khususnya sekolah agama dan pondok, perkembangan dan pemerkasaan institusi yang paling penting dan menjadi nadi ketamadunan sesuatu masyarakat itu seakan masih tidak diberikan perhatian yang serius dan mengcukupi.

Tanpa menafikan, kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) adalah sekolah menengah agama beraliran Arab, SMU (A) atau sesetengahnya sudah menjadi Maahad Muhammadi, serta beberapa projek baru seperti Maahad Tahfiz Sains di Bukit Panau selepas Maahad Tahfiz Pulai Chondong juga projek Pondok Moden di Kandis, Bachok, boleh berbangga dengan pencapaian sehingga kini.

Apatah lagi kebanyakan agamawan dan profesionalis yang berada di mana-mana sektor sahaja sekarang khususnya dalam bidang agama sama ada sebagai pegawai agama, imam masjid, pensyarah universiti boleh dikatakan adalah anak Kelantan atau pernah mendapat didikan di Kelantan. Malahan kebanyakan pimpinan PAS sendiri sama ada yang menjawat jawatan dalam parti dan kerajaan negeri adalah bekas didikan sekolah-sekolah menengah ataupun aliran pondok di Kelantan termasuk Ustaz Mat sendiri.

Namun 23 tahun bagi sesebuah pemerintahan adalah relatif panjang, sejarah Islam juga banyak mendatangkan bukti bahawa antara nadi kepada kegemilangan yang berturutan sesebuah tamadun, selain daripada faktor ekonomi dan politik yang stabil adalah sektor pendidikan yang melahirkan insan-insan berilmu dan beradab tinggi.

Selepas Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) diserap masuk menjadi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) pada zaman pemerintahan Dato' Asri Muda tiada lagi pusat pengajian tinggi di Kelantan yang melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan yang ‘outstanding' pencapaian mereka dalam bidang akademik dan keilmuan masing-masing.

YPTIK boleh dikatakan institusi yang berjaya melahirkan sekian ramai tokoh yang menjadi pencorak kepada suasana keilmuan, pemikiran, gerakan Islam pada kemudian hari hingga pada hari ini. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ditubuhkan bagi mengisi kelompongan itu namun ia dilihat tidak semenggah sama ada dari sudut zahir materialnya ataupun pengamalan budaya ilmunya.

Ironinya di Kedah, meskipun PAS hanya memerintah satu penggal bermula tahun 2008-2013, jelas pemerintahan Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberikan perhatian yang serius terhadap pembinaan fizikal dan budaya keilmuan peringkat pengajian tinggi di sana dengan berlakunya penaiktarafan Kolej Insaniah kepada taraf Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Bajet yang besar dilaburkan malah penubuhan fakulti-fakulti baru seperti perubatan dan kejururawatan selain membuka kursus peringkat ijazah sarjana muda hingga PhD, begitu sekali menggambarkan jiwa besar Ustaz Azizan terhadap pendidikan peringkat tinggi di Kedah pada masa itu. Pada saat beliau dibedah dan MB baru Kedah melawat beliau, dilaporkan antara pesanan beliau kepada MB baru Kedah, Dato' Mukhriz Mahathir adalah supaya diteruskan projek KUIN agar sempurna sebagaimana yang dirancang.

Hal yang sama tidak berlaku di KIAS yang masih hanya menawarkan kursus peringkat diploma dan hanya dibuka beberapa bidang kursus sahaja berkisar pengajian Islam, meskipun dalam masa yang sama dilihat ada peningkatan apabila pengajian peringkat ijazah sarjana muda juga mula ditawarkan dengan kerjasama KUIN juga.

Barangkali antara alasan biasa yang akan didengar adalah kekangan kewangan, tanpa menafikan bahawa memang kerajaan negeri mempunyai kekangan kewangan akibat daripada ketidaktelusan kerajaan persekutuan dalam menyalurkan dana dan bajet belanjawan saban tahun, namun apakah tiada alternatif yang boleh diusahakan dan difikirkan. Namun ia bukan alasan yang konkrit selepas 23 tahun usia pemerintahan PAS di Kelantan.

Yang diperlukan idea & harapan baru

Hanya pendidikan yang serius dan berkualiti akan melahirkan insan-insan yang hebat sebagaimana yang ditinta emas dalam sejarah pembinaan tamadun Islam, bukan parti Islam namun institusi pendidikan tinggi yang hebat, kondusif dan lengkap segala infrastrukturnya. Yang paling utama adalah bahan rujukan yakni perpustakaannya dan para tenaga pengajar yang hebat dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Ya, kosnya sangat tinggi. Namun apakah ia diberikan perhatian secara serius dan kertas kerja mandiri ada dibuat di peringkat exco bagi memikirkannya? Kenapa tidak idea yang sama bagi mendapatkan dana membina jalan raya Kuala Krai-Gua Musang digunakan untuk membina pusat pengajian yang lebih hebat? Bukankah PAS sangat arif dan pandai dalam bab mengutip derma dan menguruskannya pada tempat yang betul? Isunya adalah ada atau tidak usaha yang bersungguh-sungguh di peringkat pengurusan eksekutif bagi melakukan pembaharuan kepada satu-satunya pusat pengajian tinggi di Kelantan itu? Paling tidak idea untuk mewacanakannya.

Penulis juga yakin jika cadangan infak dan wakaf dilancarkan bagi menubuhkan atau menaiktarafkan institusi yang sedia ada ke peringkat yang lebih mantap persembahan fizikal dan budaya ilmunya, pasti rakyat Kelantan tidak akan lokek untuk menderma. Ini kerana rakyat Kelantan antara rakyat yang sangat cintakan ilmu agama sebagaimana mereka dididik selama hampir 23 tahun.

Mengembalikan `izzah negeri Serambi Mekah

Gelaran Negeri Serambi Mekah diberikan kepada Kelantan sama dengan Negeri Acheh Darussalam sebab kedua negeri pernah menjadi orientasi kepada institusi keilmuan unggul di Nusantara. Bukan hanya murid tempatan yang datang mengaji dengan guru-guru di sana namun murid dari serata tempat datang semata-mata ingin berguru di Kelantan dan Acheh.

Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, huru-hara yang berlaku di negara-negara Arab ada hikmahnya. Sebagaimana contoh apabila Syria mula bergolak, para alim ulama yang anti Basyar al-Asad terpaksa menjadi pelarian politik sebagaimana Syeikh Dr Muhammad Ali al-Sobuni, seorang mufasir dan ahli al-Quran yang diperakui kealimannya.

Alangkah baiknya, saat beliau berkelana disebabkan kekacauan politik di negaranya itu, Kelantan menjemput beliau menjadi ilmuwan tamu kehormat dengan memberikan segala kemudahan bagi beliau menyampaikan syarahan dan perkongsian ilmu di sana.

Hal yang sama berlaku kepada Syeikh Sa`id Hawwa apabila beliau mendapat suaka politik daripada al-Malik Fayshal sehingga beliau menjadi rektor sebuah daripada universiti di Arab Saudi pada suatu masa dahulu. Pastinya dengan ada seorang alim besar itu, ia menjadi daya tarikan bagi pelajar dari seluruh pelosok tempat datang ke Kelantan bagi mendapatkan khidmat syeikh malah berguru secara langsung daripada beliau.

Melahirkan Insan berilmu & beradab

Islam adalah agama yang meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Ini jelas terpancar pada kalimah yang pertama pada wahyu yang pertama yang berbunyi Iqra' iaitu bacalah. Membaca adalah amalan yang signifikan dengan aktiviti keilmuan dan keintelektualan.

Sejarah juga merakam dengan tinta emas betapa ramai dan hebat sumbangan sarjana Islam kepada ketamadunan dan peradaban dunia, bukan sahaja kepada dunia Islam malah dunia Barat serta seluruh dunia umumnya. Buku karangan Syeikh Sayyid Abu al-Hassan Ali al-Hasani al-Nadwi berjudul Maza Khathir al-`Alam bi al-Hithai al-Muslimin (Apakah Kerugian Dunia Akibat Daripada Kemunduran Umat Islam) antara yang membincangkan tuntas mengenai hal ini.

Usul dan idea seorang sarjana dan pemikir ulung dalam bidang sejarah dan tamadun Islam tempatan, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang merupakan pengasas sebuah institusi keilmuan berstatus antarabangsa malah diperakui kerja kesarjanaan dan keintelektualannya di peringkat dunia, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam atau International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) wajar diberi perhatian.

Prof al-Attas dalam banyak penulisan dan syarahan menyatakan punca utama masalah umat Islam sama ada faktor luaran atau dalaman adalah ‘kekeliruan dan penyelewengan dalam ilmu'. [lihat Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978), Islam and Secularism, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, h. 99-103]

Kemudian, Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud yang merupakan murid kanan Prof al-Attas dalam usaha menjelaskan persoalan dan menawarkan penawar kepada masalah melahirkan buku berjudul Budaya Ilmu: Satu Penjelasan yang berulang kali dicetak dan dikemas kini kerana keperluan akademiknya di peringkat pengajian tinggi.

Karya tersebut adalah hasil daripada pengamatan intelektual dan pengalaman beliau selama berkecimpung dalam dunia akademik khususnya dalam bidang pemikiran, sejarah dan tamadun Islam ini wajar ditelaah dan dijadikan panduan asas bagi memangkin sebuah suasana baru memartabatkan ilmu melebihi budaya politik sebagaimana yang memborak sekarang.

Menurut Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud dalam kata pengantar edisi kedua buku tersebut:

"Masalah politik dalaman umat Islam seluruh dunia seperti tiada kesudahannya. Pemimpin politik dan parti pemerintah sentiasa berubah, namun masalah-masalah pokok umat masih belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaian. Percaturan politik di beberapa buah negara Islam banyak ditentukan oleh pengundi dan kuasa politik dan kuasa ekonomi masyarakat bukan Islam.

Dalam keadaan sosiopolitik dan psikologi umat sebegini, perbincangan mengenai budaya ilmu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tidak begitu sesuai, tidak relevan. Pada anggapan mereka, isu sedemikian semata-mata bersifat teoritikal, tidak praktikal." [lihat Wan Mohd Nor Wan Daud, Prof. Dr. (2007), Budaya Ilmu: Satu Penjelasan, edisi kedua, Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd., h. 9]

Sepanjang sejarah dan tamadun Islam, ramai pemerintah yang hebat sumbangannya kepada Islam namun yang tetap suka dibicarakan kemudian adalah keburukan mereka berbanding sumbangan mereka. Namun bagi seorang ilmuwan, sarjana dan ulama meskipun dirinya mempunyai kekurangan manusiawi malah mungkin melakukan dosa kecil atau besar, tetap umat kemudian hanya mahu membicarakan sumbangan keilmuwan mereka lebih berbanding keburukan mereka itu. Begitu ilmu memuliakan manusia, di dunia dan akhirat sebagai janji Allah jika ikhlas kerana-Nya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
ZAHIRUDDIN ZABIDI calon Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Sejarah & Tamadun Islam).

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa