• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.


Setahun hanya sekali”. Itulah gambaran yang paling menarik mengenai aidilfitri. Pada musim ini kebanyakan organisasi mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka hari raya bagi meraikannya bersama-sama kakitangan dan juga orang ramai. Rumah terbuka ini juga memberi peluang kepada kakitangan syarikat untuk mengeratkan lagi ukhwah yang terbina selama ini.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan bersama anak-anak syarikat, Air Kelantan Sdn Bhd dan Kelkon Sdn Bhd juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan rumah terbuka hari raya bagi meraikan seluruh kakitangannya, anak-anak syarikat dan juga orang ramai. Majlis yang penuh meriah ini telah diadakan pada tanggal 12 Syawal 1430H bersamaan 1 Oktober 2009 yang bertempat di Laman Parkir PMBK.

Majlis ini bertambah meriah apabila perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan yang juga merangkap Pengerusi PMBK iaitu YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak ketinggalan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PMBK iaitu YBhg Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Majlis sambutan hari raya ini adalah anjuran bersama di antara PMBK dan Majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan lagi ikatan ukhwah dan semangat kerjasama yang sedia terjalin di antara penghuni bangunan PMBK. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk membina budaya saling bermaafan di antara satu sama lain bersesuaian dengan tema yang dipilih iaitu “Tangan Dihulur, Maaf Dipinta”.

Pertandingan gerai tercantik antara anak-anak syarikat juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari itu. Selain itu, pelbagai juadah disediakan kepada tetamu termasuk satay, roti pakistan, lemang, ketupat, ayam golek, pelbagai aneka kek dan biskut raya, lontong, nasi dagang, nasi bukhari, laksa, mee kari dan sebagainya.

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa