Polisi A4 new

bangunan.pmbk

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Pemerbadanan Tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan.

PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri.

Dalam menjalankan amanah dan tanggung-jawab, PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

PMBK didokong oleh 14 buah anak syarikat, antaranya PMBK Sawit Sdn. Bhd., PMBK Development Sdn. Bhd., PMBK Az-zahab Sdn. Bhd., Kifaalah Sdn. Bhd., Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd., Akademi Pembangunan Insan Profesional Sdn. Bhd., Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd., Air Kelantan Sdn. Bhd., Majaari Services Sdn. Bhd., Sihhat-Afiat Sdn. Bhd., Kel-Intaaj Sdn. Bhd., Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd., Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn. Bhd. dan Q Plant Tech Sdn. Bhd.

Berteraskan perkhidmatan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam sistem pengurusan dan melaksanakan tanggungjawab serta memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan professional dan cemerlang kepada pihak berkepentingan dalam PMBK.

Selaras dengan moto, “Untung Dunia, Untung Akhirat” secara jelas meletakkan konsep takwa dalam setiap perancangan strategik PMBK bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang gemilang demi keselesaan rakyat negeri Kelantan.

OBJEKTIF PMBK

 

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan professional dan cemerlang kepada pihak kepentingan dalam PMBK seperti berikut:

  • Memastikan sistem pengurusan berkualiti berteraskan Ubudiyyah, Mas’uliyyah & Itqan (UMI)

  • Menguruskan aset PMBK dengan cekap secara mematuhi urus tadbir korporat yang baik untuk memberikan pulangan yang munasabah dan mempunyai nilai tambah

  • Merancang pembangunan aset strategik bagi pihak Kerajaan Negeri berlandaskan syariah dan selaras dengan konsep ‘Membangun Bersama Islam’

  • Memastikan setiap projek yang dirancang adalah memberi manfaat kepada rakyat Kelantan dan pembangunan ekonomi negeri

  • Sentiasa memberikan perkhidmatan yang cekap, efektif dan mesra pelanggan

 

 

VISI, MISI & MOTO PMBK

 

VISI PMBK

Menjadi agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri yang berprestasi tinggi dan berwibawa.

MISI PMBK

Mengambil alih, memegang dan membangun aset strategik bagi pihak kerajaan negeri, dengan meningkatkan nilai pegangan dan pulangan pelaburan melalui pengurusan aset dan penglibatan komersil yang efektif berlandaskan syariah, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

MOTO PMBK

"Untung Dunia, Untung Akhirat”

TERAS PERKHIDMATAN PMBK

(AMALAN KERAJAAN NEGERI)

 

UBUDIYYAH (PENGABDIAN)

Konsep ini berkaitan dengan soal Iman (Akidah), yakni merujuk kepada kedudukan manusia sebagai hamba Allah SWT yang diciptakan semata-mata untuk beribadat kepada-Nya. Ia memberi signifikan dari sudut sifat dirinya, tujuan hidupnya serta cara aktivitinya.

 

MAS'ULIYYAH (KEBERTANGGUNGJAWABAN)

Konsep ini berkaitan dengan soal Amal (Syariat), yakni pertanggungjawaban (akauntibiliti) yang merujuk kepada sifat kerja seseorang yang berkaitan dengan kedudukan Allah SWT sebagai pemberi tanggungjawab. Segala kerja (tanggungjawab) akan dipersoalkan oleh Allah SWT untuk pengadilan.

 

ITQAN (KESUNGGUHAN)

Konsep ini berkaitan dengan soal nilai (Akhlak), yakni merujuk kepada kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan serta disusuli dengan fokus dalam melakukan kerja. Ia juga bermaksud amal yang berterusan dengan tidak memberi ruang berlakunya penyelewengan atau sikap sambil lewa.

Lebih banyak artikel..

Kumpulan PMBK

 02b  04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa