PIAGAM PELANGGAN PMBK

 

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan profesional dan cemerlang kepada pihak kepentingan dalam PMBK seperti berikut:

  1. Mengeluarkan resit bagi setiap urusan pembayaran yang dilakukan di kaunter bayaran tidak melebihi 10 minit.

  2. Memberi maklum balas penerimaan aduan kepada pelanggan terhadap sebarang e-aduan yang dikemukakan tidak melebihi 3 hari.

  3. Menguruskan penyelesaian terhadap aduan pelanggan:

    1. Mudah = tidak melebihi 5 hari
    2. Sederhana = tidak melebihi 15 hari
    3. Sukar = tidak melebihi 365 hari
  4. Menguruskan proses penyediaan perjanjian jual beli/sewa sehingga siap ditandatangani oleh pelanggan dan Pengerusi PMBK tidak melebihi 30 hari.

  5. Menguruskan proses penyediaan borang 14A (gadaian) sehingga siap ditandatangani oleh pelanggan dan Pengerusi PMBK tidak melebihi 30 hari.

  6. Menguruskan proses pindah milik 14A yang mempunyai sekatan kepentingan Seksyen 120 KTN/Seksyen 104 ETK 1938 tidak melebihi 6 bulan.

  7. Memberi maklum balas kepada setiap cadangan pelaburan lengkap yang diterima dan diproses tanpa prejudis tidak melebihi 3 hari.

  8. Memberi maklum balas mengenai status cadangan pelaburan yang telah diproses kepada pelabur. tidak melebihi 3 bulan.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

Bagi memastikan pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan dapat melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pelanggan hendaklah memenuhi dan mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. Menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat semasa berurusan;
  2. Menepati dan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditetapkan; dan
  3. Bersikap rasional semasa membuat aduan.

 

 

CIO

pmbk

IKRAR INTEGRITI KORPORAT PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK)

sprm
 

Bahawasanya kami, seluruh warga kerja PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN berikrar :-

  • Memastikan sistem pengurusan berkualiti berteraskan Ubudiyyah (Pengabdian kepada Allah SWT), Mas’uliyyah (Akauntabiliti) dan Itqan (Ketekunan) dalam memerangi rasuah;
  • Komited dalam menggalakkan nilai-nilai integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus korporat yang mantap;
  • Berusaha dalam mengukuhkan sistem dalaman yang menyokong pencegahan rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan;
  • Mematuhi undang-undang, polisi dan prosedur dalam membanteras segala bentuk rasuah;
  • Akan bersama-sama dengan pemegang taruh, Kumpulan PMBK dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan persekitaran penyampaian perkhidmatan yang bebas daripada rasuah;
  • Sentiasa mendukung Prinsip-prinsip Pencegahan Rasuah khususnya di Kelantan dan Malaysia amnya dalam memberikan perkhidmatan dan berinteraksi dengan pemegang taruh dan agensi Kerajaan Negeri Kelantan; dan
  • Akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menggugat integriti serta menjatuhkan imej Kumpulan PMBK.

Ikrar Integriti Korporat PMBK Ini Telah Dimeterai Pada 25 Januari 2016

     

PEPSI

Falsafah PEPSI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Pemerbadanan Tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan.

Sumber & Produktiviti (Productivity & Resources)

  • Mengoptimumkan sumber sedia ada bagi menjana pulangan yang positif.

Pengembangan & Pertumbuhan (Expansion & Growth)

  • Mewujudkan pasaran dan produk yang baru bagi memastikan kemampanan organisasi dalam jangka masa panjang.

Insan & Pembangunan Organisasi (People & Organizational Development)

  • Membangunkan potensi kemahiran untuk menyokong objektif organisasi.

Sistem & Proses (Systems & Processes)

  • Sentiasa meningkatkan prestasi dan memajukan diri dalam menguruskan perniagaan organisasi.

Imej & Persepsi (Image & Perception)

  • Memupuk dan membudayakan imej positif berkumpulan sebagai satu organisasi perniagaan yang berlandaskan syariah.

Carta Keselamatan  Kesihatan A4

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa