pmbk
_____________________________________________
TAWARAN SEWA RUANG PEJABAT DI BANGUNAN

PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK)

 

SEWA RUANG PEJABAT

PMBK adalah pemilik berdaftar dan benefisial sebuah bangunan pejabat enam (6) tingkat termasuk satu (1) tingkat bawah tanah yang beralamat di Lot 2 dan 257, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Bangunan pejabat ini diduduki oleh PMBK dan Kumpulan di tingkat 3, 4, 5 dan 6. Manakala tingkat 1 dan 2 disewa oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Tawaran sewaan kini dibuka untuk 2 ruang pejabat di tingkat 3 dengan keluasan lantai masing-masing 1,849 k/p dan 1,045 k/p.

(Foto sebagaimana di Lampiran A)

 

KEMUDAHAN

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI BANGUNAN PMBK TERMASUK :

          (1) Sistem hawa dingin adalah dikawal secara individu oleh penyewa di setiap tingkat.
          (2) Sub meter berasingan disediakan untuk premis yang disewa.
          (3) Kawalan keselamatan 24 jam.         
          (4) Ruang letak kereta terbuka disediakan untuk kakitangan (caj sewa RM30.00 sebulan) dan 1 petak percuma untuk pengurusan tertinggi.
          (5) Pembersihan kawasan awam disediakan oleh PMBK.         
          (6) Pengumpulan dan pelupusan sampah berpusat.
          (7) Sistem siaraya berpusat.          
          (8) Dewan/ bilik latihan untuk disewa.
          (9) Bersebelahan Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

 

Kepada yang berminat sila hubungi Eksekutif Pentadbiran En. Nik Azlan Bin Nik Hussin (Tel 09-7474082) untuk maklumat lanjut.

 

Kumpulan PMBK

 02b  04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa