Majlis sambutan Hijratul Rasul 1430 Hijrah yang diadakan di Masjid Kota Darul Naim berhadapan bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada 11 januari lalu, telah memupukkan semangat persaudaraan dan ummah dikalangan kakitangan kerajaan dan tetamu jemputan.

Program anjuran Jawatankuasa Bersama Pembangunan Aktiviti Masjid Kota Darul Naim (JAMIL) ini, telah menyajikan suntikan motivasi dan pengisian rohani kepada seluruh khalayak untuk membentuk jatidiri individu sebagai seorang khaifah yang mempunyai kefahaman jelas kepada penghayatan Islam melalui peristiwa Hijratul Rasul.

Melalui program ini juga telah diadakan ceramah, tayangan dan pelancaran tabung derma Palestin serta solat hajat `selamatkan Palestin` yang melibatkan 40 orang kakitangan dan pegawai kerajaan yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis.

Ceramah Hijratul Rasul & isu Palestin yang disampaikan oleh tetamu jemputan, Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), YABrs Dr Johari Mat, telah mengupas pengajaran daripada peristiwa Hijratul Rasul kepada masyarakat dalam memulakan azam baru dan perubahan individu tersebut dalam keluarga dan masyarakat. Beliau juga memberitahu hakikat penghijrahan sebenar umat Islam adalah satu pengorbanan dari individu itu sendiri.

Berikutan itu, dengan berlalunya 1429 Hijrah ini dapat memberi seribu pengharapan dan sinar baru kepada umat Islam dalam menyambut penghijrahan tahun 1430 Hijrah ini, yang pasti memberikan muhasabah dan iktibar kepada umat Islam diatas apa yang berlaku pada diri, keluarga bahkan dunia Islam seluruhnya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman berkata, dengan adanya majlis sambutan Hijratul Rasul ini, masyarakat dapat menghijrahkan diri dengan menghayati segala falsafah yang terdapat melalui peristiwa Hijratul Rasul serta mengambil tahu hal ehwal umat Islam di bumi Palestin serta membantu sedaya yang mampu, seperti menderma dan mengerjakan solat hajat bagi membantu masyarakat Islam dari kekejaman Yahudi yang semakin mengganas.

Kumpulan PMBK

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. Nutrifera Marketing Sdn. Bhd. PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.