• new Banner   eLeave
  • new Banner   Misi
  • new Banner   Visi

Banner-Aktiviti-2014

TAZKIRAH MINGGUAN - SIFAT SOMBONG DALAM ISLAM.
oleh Ust Othman Mat Zain, 19 Jamadil Awal 1439H bersamaan 5 Februari 2018.

TAZKIRAH SIFAT SOMBONG DALAM ISLAM Ringkasan:
Banyak kisah mengenai kebinasaan yang diterima oleh mereka yang bersikap sombong tetapi nampaknya masih ramai lagi yang bersikap begitu terhadap sesama manusia. Sebagai contoh, iblis telah diusir dari syurga kerana sifat sombongnya yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga kisah Firaun dan bala tenteranya juga menerima nasib yang sama apabila ditenggelamkan ke dalam laut kerana sikap sombongnya yang mengakui diri sebagai Tuhan.

Baca Lagi...

Banner-Aktiviti-2014

TAZKIRAH MINGGUAN - NILAI IBADAH DALAM BEKERJA
oleh Ust Othman Mat Zain, 12 Jamadil Awal 1439H bersamaan 29 Januari 2018 

TAZKIRAH NILAI IBADAH DALAM BEKERJARingkasan:
Bekerja adalah mekanisme kemakmuran dalam peradaban dan pembangunan manusia di muka bumi Allah swt. Percayalah rezeki yang dilimpahi oleh Allah swt adalah tidak terkira banyaknya dan mencari rezeki yang halal itu adalah mulia di sisi Allah.

Baca Lagi...

Kelantan bakal wujud kolej wanita pertama di Malaysia

Kelantan bakal wujud kolej wanita pertama di Malaysia
Sinar Harian, 24 Februari 2018

KOTA BHARU - Kelantan bakal menjadi negeri pertama yang memperkenalkan kolej pendidikan wanita di Malaysia.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, idea pelaksanaan kolej tersebut sudah lama timbul, bagaimanapun pelaksanaannya masih dalam peringkat perbincangan melibatkan pelbagai pihak.  

“Pada dasarnya kita sudah setuju dengan cadangan tersebut namun semuanya masih baru, banyak lagi perbincangan dan proses-proses yang perlu dilakukan untuk melaksanakannya.

“Ia termasuklah perbincangan mengenai bajet, kos yang ditawarkan, lokasi dan sebagainya. Ada pandangan yang mahu Maahad perempuan sekarang dijadikan kolej wanita ini, tapi keputusan kita belum putuskan. Ia masih dalam radar pandangan kami,” katanya kepada pemberita, di sini.

Baca Lagi....

Masjid di Palekbang terima danaMasjid di Palekbang terima dana
Sinar Harian, 19 Februari 2018

TUMPAT - Kerajaan negeri menyalurkan sumbangan RM20,000 kepada Masjid Haji Nik Abdul Rahman di kampung Palekbang yang masih dalam pembinaan.

Cek diserahkan Pembantu Khas Adun Pasir Pekan, Che Awang Che Leh kepada penaung masjid tersebut, Abdul Nasir  Nik Abdul Rahman.

Abdul Nasir berkata, masjid ini dimulakan kerja naik taraf bumbung sejak Oktober tahun lalu dan kini kerja-kerja pembinaannya hampir siap 60 peratus.

"Pihak kami berbesar hati menerima sumbangan cek ini, amat diperlukan untuk menyiapkan bumbung masjid ini yang dianggarkan kosnya mencecah RM200,000," katanya.

Baca Lagi....

RM4.5 juta bantu janda OKU di Kelantan Astro Awani 19 feb 18RM 4.5 Juta bantu janda, OKU di Kelantan
Astro Awani, 19 Februari 2018

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta untuk membantu lebih 41,000 golongan janda atau armalah di Kelantan setiap tahun.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan Kelantan tidak meminggirkan golongan janda walaupun terdapat kisah-kisah luahan dan kedaifan golongan armalah yang sering kali dilaporkan media serta ditularkan di laman sosial.

Selain bantuan kewangan secara sekali pemberian melalui peruntukan RM4.5 juta itu, kerajaan negeri juga menyediakan khidmat latihan melalui pusat pembangunan wanita yang diwujudkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Baca Lagi....

09.28.9AIR KELANTAN SDN BHD

 

TARIKH PENUBUHAN

1 Oktober 1995

 

ALAMAT

Tingkat 3, Bangunan PMBK, Lot 2 & 257,

Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-743 7777     Faks: 09-747 2030

 

FUNGSI / PERANAN

Menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pengendalian air penguna termasuk pengurusan sistem air, rekaan proses dan pembinaan.

 

AKsb

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa16b