Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Husam Musa berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien pernah memberitahu parlimen setiap negeri yang ditemui minyak sama ada di laut atau daratan berhak mendapat royalti lima peratus.

Sehubungan dengan itu katanya, sepatutnya Datuk Seri Najib harus menghormati pendirian dibuat bapanya sendiri.

“Sepatutnya dengan slogan 1Malaysia hak kepada Kelantan patut diberi. Ketika Kelantan menyertai Tanah Melayu pada 1957 ada hak-hak yang diberi kepada Kelantan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohamad Mustafa (Pas-Demit).

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berkata, ucapan Tun Razak tersebut boleh dilihat pada hansard Dewan.

Katanya, berdasar kepada laporan Petronas dan laman web Malaysia Thailand Joint Authority 6 Mei 2005, nilai pengeluaran minyak dan gas di perairan Kelantan sebanyak RM175 juta.