“Di kawasan ini saja (Loji Rawatan Kumbahan Awam di Perumahan JPN Padang Tembak) pengambilan tanahnya berjumlah lebih RM10 juta dan pengurusan lainnya lebih kurang RM2 juta.

“Insya-Allah di tempat atau jajahan lain sudah dikenal pasti tapaknya dan pihak berkenaan akan menyempurnakan kerja-kerja baik pulih dan membina loji seperti ini di kawasan-kawasan terbabit.

“Terima kasih kepada pihak pusat yang memberi pinjaman di negeri ini untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi menjaga kebersihan awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Kumbahan Awam dan Hari Bersama Pelanggan di Loji Perumahan JPN Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman; Ketua Pegawai Operasi Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd, Suhaimi Mohd Jusoh dan Pengurus Majaari services Sdn Bhd, Pauzi Mohamed.

Sementara itu, ketika merasmikan loji rawatan itu, Nik Abdul Aziz berkata, kos membaik pulih dan penyelenggaraan kumbahan awam adalah tinggi, bagaimanapun ia dilaksanakan bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Nik Abdul Aziz berkata, Majaari Services Sdn Bhd adalah syarikat yang diberi tanggungjawab menguruskan pembetungan di negeri ini yang pertama seumpamanya.

“Loji rawatan kumbahan awam kini dinaikkan taraf sebahagian besarnya kepada jenis mekanikal berbanding konvensional sebelum ini.

“Rawatan kumbahan awam ini lebih efisien dan ia akan membantu mengurangkan pencemaran air yang berpunca dari kumbahan serta membersihkan alam sekitar,” katanya.