Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai merupakan sebuah projek swasta bagi membangunkan sebuah lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai. Laluan ini akan melalui beberapa bandar kecil seperti Ketereh, Kok Lanas, dan Machang.

Lebuh raya ini juga akan bersambung dengan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Expressway) di Kuala Krai, Kelantan.

Projek tersebut diluluskan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat 10 Ogos lalu. Jika ia berjaya dilaksanakan ia mampu mengurangkan kadar kesesakan teruk di laluan Kuala Krai-Kota Bharu khususnya di musim perayaan.

Sehubungan itu, Husam berkata, pihaknya menubuhkan jawatankuasa teknikal terdiri daripada peguam, jurutera dan lain-lain untuk menasihatkan kerajaan bagi mengurangkan kos pembinaan sekali gus mengurangkan kadar tol.

”Dalam RMK-9 (Rancangan Malaysia ke-9) kita dah cadang kepada Pusat dan diperuntukkan dalam RMK-9, tetapi peruntukan itu ditarik balik dalam RMK-10. Kita telah merayu kepada pusat tetapi belum dimasukkan dalam RMK-10,” katanya.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, rakyat seharusnya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah kerana pelbagai kebajikan akan diberikan termasuk mengambil alih lebuh raya tersebut sekali gus menghapuskan tol.

”Jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, kita akan mintak bayaran royalti Kelantan dibayar kepada Kerajaan Negeri. Jadi dengan duit royalti itu kita akan ambil semula lebuh raya itu dan akan hapuskan tol,” katanya.

Sebelum ini, Husam berkata, Kerajaan Negeri serius untuk membina lebuh raya terbabit dan pengumuman pembinaan bukan kenyataan politik semata-mata.

Subsidiaries

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. Nutrifera Marketing Sdn. Bhd. PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.