“Bila elektrik tiada (terputus) walau sekejap, bekalan air akan bermasalah dan perlukan masa hingga hampir dua minggu untuk distabilkan kembali terutama di kawasan jauh dan tempat tinggi,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan penduduk Taman Bukit Sireh yang melahirkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa berdepan masalah bekalan air sering terputus sejak beberapa bulan lalu.

Akhbar ini pada laporan 8 September lalu, menyiarkan masalah gangguan air di taman itu sepanjang Ramadan dan ketika sambutan Aidilfitri hingga ada antara penduduk terpaksa menggunakan pinggan polisterin untuk menghidangkan kuih raya.

Sementara itu, Hazwan berkata, hasil tindakan diambil AKSB daerah berikutan aduan tersebut, bekalan air di Taman Bukit Sireh kini semakin stabil.

“Siasatan kami mendapati hanya 15 rumah di taman itu berdepan masalah gangguan bekalan air kerana kedudukan rumah terbabit di kawasan tinggi,” katanya.