BERITA_TERKINI

RM10 JUTA INDAHKAN SUNGAI KELANTAN
Berita dari Kosmo Online

KOTA BHARU, 14 Sept: Kementerian Pelancongan memperuntukkan RM10 juta bagi memperindahkan kawasan Tambatan Diraja di pinggir Sungai Kelantan di sini menjelang Tahun Melawat Kelantan (TMK) tahun depan, menurut Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Setiausaha MPKB-BRI Mohd. Anis Hussein berkata, peruntukan itu adalah untuk fasa kedua projek pembangunan pinggir Sungai Kelantan yang meliputi taman riadah dan pesiaran untuk pejalan kaki dan berjoging.

"Projek itu kini dalam proses pengeluaran tender oleh pihak JKR sebelum diserahkan kepada kita apabila siap kelak,” katanya kepada pemberita hari ini. - Bernama