News Banner Berita Terkini

Kelantan sumbang RM100,000 untuk kaki palsu 

Rizal Tahir,   26 Jun 2013 

 

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersedia menyumbang sebanyak RM100,000 untuk membantu masyarakat di negeri ini memperolehi kaki palsu secara percuma.

Sumbangan itu akan diberikan melalui Persatuan Pendidikan Akhlak Che Leng Khor Kelantan dengan kerjsama teknikal Yayasan Bantuan Kaki Palsu di bawah naungan Princess Mother of Thailand.

Pengerusi persatuannya, Datuk K K Tan berkata, memandangkan anggota tersebut begitu mahal, pihaknya dengan kerjasama yayasan tersebut buat pertama kali berganding untuk membantu rakyat Kelantan.

Tegasnya, ianya juga selaras ulang tahun yayasan ke-41 tahun ini.

“Anggota kita kini di Kelantan lebih dari 400 orang ahli, setakat ini kutipan telah berjaya dipungut dari individu RM600,000.

“Anggota palsu memang mahal, terutama peha hingga menelan kos RM10,000 setiap satu,”ujarnya.

Tan seterusnya memberitahu, pihak yayasan dari Thailand selain menghantar kelengkapan membaut kaki palsu, mereka akan menghantar seramai 60 orang petugas khas.

Sambungnya, ia termasuk pegawai perubatan, juruteknik membaut kaki palsu, jurubahasa serta sukarelawan sokongan.

Menurutnya lagi, mereka akan berada di bengkel sementara yang akan dibangunkan di Dewan Tokong Mek, Kampung Cina bermula 21 hingga 26 Oktober bagi memberikan perkhidmatan kepada pemohon untuk proses mengukur.

Sambungnya, permohonan yang dibuka sekrang hingga akhir Septembr ini juga memberi perkhidmatan membaik pulih kaki palsu yang sedia ada.

“Kepada pemohon perlu mengisi borang yang diberi secara percuma, boleh menghubung pejabat persatuan menerusi talian 09 7442 640 atau melalui encik Gan 012 9879 975,”ujarnya.

Katanya, tarikh tutup permohonan pada 10 Ogos ini.

Pada masa yang sama katanya, pihak persatuan memerlukan 150 sukarelawan sebagai jurubahasa untuk membantu pesakit memandangkan pakar-pakar terbabit berbangsa Thailand.

Subsidiaries

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. Nutrifera Marketing Sdn. Bhd. PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.