BERITA.BM.27.9

Kanun Syariah: Kelantan ucap tahniah kepada Bruneialt

Harakah Daily, Rizal Tahir, 24 Okt 2013

 

KOTA BHARU: Kelantan mengucapkan tahniah pada kerajaan Brunei Darussalam kerana telah tampil sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan Kanun Jenayah Syariah.

 

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kesungguhan Brunei dalam melaksanakan perlaksanaan itu sewajarnya menjadi contoh oleh negara lain, termasuk Malaysia.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Inovasi Peringkat Negeri Kelantan, di Dewan Teratai di Kota Darulnaim di sini hari ini.

 

Pada masa yang sama Ahmad mengharapkan kerajaan Pusat turut melaksanakan langkah yang sama bersesuaian dengan negara ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Negara.

 

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah pada kerajaan Brunei telah menjadi negara contoh di Asia Tenggara apabila telah menjalankan tanggungjawab itu di negaranya.

 

“Sebagai sebuah negeri yang Membangun Bersama Islam, kita begitu berbangga sekali,” ujarnya.

 

Sambungnya lagi, amat wajar Malaysia juga turut mengikut jejak langkah negara berkenaan bagi memastikan keamanan sentiasa terjamin di negara ini.

 

Kerajaan negeri, katanya telah memperuntukkan RM1 juta 2014 ke arah perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah ll.

 

“Ertinya komitmen kita untuk menjayakan perlaksanaan hukum syariah itu sentiasa ke hadapan dengan pelbagai pendekatan baru untuk menjayakannya dan diperkemaskan lagi,” ujarnya.

Subsidiaries

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. Nutrifera Marketing Sdn. Bhd. PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.