News_Banner_Berita_Terkini
MB lancar akaun amanah Tabung Lebuh Raya Rakyat
HarakahDaily Online

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan melancarkan akaun amanah Tabung Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam pada 4 Ogos (Sabtu) ini.

Majlis pelancaran serta berbuka puasa itu adalah anjuran Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan Malaysia (Perakan) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.

Menurut pengarah majlis pelancaran ini, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Kerajaan Negeri Kelantan mengalu-alukan seluruh warga di Lembah Klang, terutama sekali warga kelahiran Kelantan, hadir memeriahkan majlis berkenaan.


Program itu dijadualkan bermula selepas solat asar dengam ceramah  berkaitan wakaf korporat oleh tokoh korporat terkenal, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan diikuti taklimat mengenai pembinaan lebuh raya rakyat oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa.
 
Katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO,  Menteri Besar turut akan memberi amanat penting kepada 3,000 orang yang dijangka hadir pada majlis itu sebelum melancarkan Akaun Amanah Tabung Lebuh Raya ini serta disusuli penyerahan sumbangan daripada orang ramai dan berbuka puasa.

"Dengan adanya akaun ini, semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan secara rasmi boleh menyalurkan sumbangan terus ke dalam akaun berkenaan," kata Abdul Fatah.

Subsidiaries

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. Nutrifera Marketing Sdn. Bhd. PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.