News_Banner_Berita_Terkini
Kelantan mohon Petronas layannya seperti T'ganu
Harakahdaily Online

KOTA BHARU, 25 APR: Kerajaan negeri Kelantan  memfailkan afidavit tambahan ke dalam kesnya bagi mendesak Petronas mendedahkan penyelesaian luar mahkamah yang dicapainya dengan kerajaan negeri Terengganu.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dalam kenyataannya berkata, affidavit tambahan telah pun difailkan 23 April 2012 untuk memohon mahkamah mengarahkan Petronas mendedahkan terma-terma penyelesian luar mahkamah yang telah dimeterai.

Ini adalah kerana perjanjian antara kedua-dua negeri dengan Petronas adalah 100 peratus sama.


Husam bertindak ekoran laporan The Edge Financial Daily pada Isnin lalu yang melaporkan bahawa kerajaan negeri Terengganu telah menggugurkan kes saman terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung royalti petroleum dan mencapai penyelesaian bersama luar mahkamah.

Bagi Husam (gambar kanan), Petronas perlu melayan kerajaan negeri Kelantan sama seperti badan berkanun itu melayan kerajaan negeri Terengganu.

Pada tahun 2002, kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin PAS ketika itu telah menyaman kerajaan Persekutuan dan Petronas kerana tidak memberikan wang royalti minyak 5 peratus kepada kerajaan negeri.

Ini berikutan tindakan kerajaan pusat menjadikan wang royalti itu sebagai wang ehsan selepas Terengganu dimenangi PAS pada pilihan raya  tahun 1999.

Tahun lalu, Kelantan juga menyaman Petronas kerana tidak memberikan royalti kepada kerajaan negeri walaupun petrol diambil oleh Petronas dari perairan negeri itu.

Ekoran tindakan Petronas menyelesaikan saman dengan kerajaan negeri Terengganu di luar mahkamah, Kelantan juga katanya berhak mendapat layanan yang sama.

Husam memaklumkan, perbicaraan Pendengaran Rayuan Kelantan Berkenaan Penzahiran Dokumen (Discovery) Royalti Petroleum akan berlangsung esok, 26 April 2012, jam 9 pagi di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Putrajaya.

Subsidiaries

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. Nutrifera Marketing Sdn. Bhd. PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.