pmbk

IKRAR INTEGRITI KORPORAT PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK)

sprm
 

Bahawasanya kami, seluruh warga kerja PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN berikrar :-

  • Memastikan sistem pengurusan berkualiti berteraskan Ubudiyyah (Pengabdian kepada Allah SWT), Mas’uliyyah (Akauntabiliti) dan Itqan (Ketekunan) dalam memerangi rasuah;
  • Komited dalam menggalakkan nilai-nilai integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus korporat yang mantap;
  • Berusaha dalam mengukuhkan sistem dalaman yang menyokong pencegahan rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan;
  • Mematuhi undang-undang, polisi dan prosedur dalam membanteras segala bentuk rasuah;
  • Akan bersama-sama dengan pemegang taruh, Kumpulan PMBK dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan persekitaran penyampaian perkhidmatan yang bebas daripada rasuah;
  • Sentiasa mendukung Prinsip-prinsip Pencegahan Rasuah khususnya di Kelantan dan Malaysia amnya dalam memberikan perkhidmatan dan berinteraksi dengan pemegang taruh dan agensi Kerajaan Negeri Kelantan; dan
  • Akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menggugat integriti serta menjatuhkan imej Kumpulan PMBK.

Ikrar Integriti Korporat PMBK Ini Telah Dimeterai Pada 25 Januari 2016