BERITA.BM.27.9

Gangguan bekalan air di Kemahang, Tanah Merah esok

Sinar Harian, 16 Disember 2013

 

KOTA BHARU - Penduduk di Kemahang, Tanah Merah dan kawasan berdekatannya dinasihat menyimpan bekalan air mencukupi berikutan kerja penyambungan paip tangki air bersih di Loji Rawatan Air Kemahang bermula esok.

 

Kenyataan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd menyatakan kerja pembaikan itu bermula dari 10 malam esok dan berakhir pada 4 pagi keesokannya.

 

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan gangguan tersebut boleh menghubungi Pusat Informasi dan Talian Aduan di talian 1300-88-2572. - Bernama