Melihat kepada ruang kosong yang tidak terisi di belakang, My Tazkirah4u, saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu. Mungkin sebagai satu perkongsian pengalaman di usia emas.

 

Coretan kali ini adalah tentang BAKAT atau dalam bahasa Inggerisnya “TALENT”. Dalam coretan ini, saya lebih senang menggunakan kata kunci “Talent”.

 

Kata “Wikipedia”;

 

“Talent means the skill that someone has quite naturally to do something that is hard. Someone who has talent is able to do something without trying hard. It is an ability that someone is born with. It is a high degree of ability or of aptitudes. People may have talent for music, dancing, acting, sport or other skills. Someone who has talent is talented:”

 

“Bakat bermaksud kepakaran yang seseorang perolehi daripada “anugerah yang diciptakan” untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang sukar. Seseorang yang dianugerahkan dengan bakat boleh melakukannya tanpa perlu bersusah payah. Dia seolah-olah dilahirkan dengan upaya melakukannya. Ia merangkumi pencapaian yang tinggi dalam keupayaan atau bakat yang dimiliki. Seseorang mungkin mempunyai bakat dalam muzik, tarian, lakonan, sukan atau apa sahaja kemahiran. Seseorang yang mempunyai bakat tertentu boleh dilabel sebagai berbakat.”

 

Ingin juga saya berkongsi beberapa petikan dari buku “Talent Is Never Enough” oleh John C. Maxwell sebagai halwa ilmu jika boleh dimanfaatkan:

 

Talent sahaja tidak mencukupi, tetapi ia perlu dipadankan dengan kecekapan, kebijaksanaan, daya imiginasi yang tinggi, ilmu dan pengetahuan.

 

“Everyone Has Talent” – percayalah bakat yang ada dalam diri sendiri dan bangunkan bakat tersebut.

 

“Develop the Talent You Have, Not the One You Want” – berhenti dari situ kita akan berupaya untukmemaksimakan bakat yang ada.

 

“Anyone Can Make Choices That Will Add Value to Talent” - kata Peter Drucker : Adalah amat penting untuk anda “convert” bakat yang anda ada kepada hasil kerja.

 

Sekadar di sini perkongsian untuk kali ini. Dipanjang umur berjumpa lagi di keluaran akan datang.

 

Sekian.

 

Zuraidah Mohd Hussin

Pengurus Kanan Pembangunan Korporat

6 Muharam 1435H /10 November 2013