Zulhijjah Dan Catatan Ibrah

 

HAMKA pernah ditanya mengenai sejarah kejatuhan Melaka.“Apakah ayah percaya pada teori sejarah akan mengulangi dirinya”. HAMKA menjawab: “Tidak anakku, sejarah tidaklah akan mengulangi dirinya, tetapi perilaku manusia disetiap zaman akan menentukannya” .

 

Zulhijjah, Suatu Lakaran Sirah

 

Sebut sahaja Zulhijjah, pasti akan tertangkap di minda kita akan suatu hari yang pasti menjadi idaman semua umat Islam iaitu mengerjakan haji bagi mereka yang mampu. Ia juga akan mengingatkan kita dengan Hari Raya Korban.

 

Hajar, Srikandi, Isteri Dan Ibu

 

Peristiwa pertama yang ingin dirakamkan adalah kisah yang terjadi kepada Hajar AS. Lakaran kisah ini jugalah yang pernah disebutkan oleh nabi SAW ditanya tentang Sa’ie dari Safa Marwah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu:

 

“Demikianlah (merujuk kepada kisah Hajar berlari sebanyak 7 kali antara Safa dan Marwah semata-mata mencari air untuk anaknya yang kehausan) berlari-lari anak (sa’iy) yang dilakukan oleh umat Islam sebagai salah satu rukun haji antara Safa dan Marwah)”

 

Sejarah tidak mampu memadamkan bagaimana kentalnya hati, yakin dan iman yang tidak berbelah bagi seorang wanita, isteri dan juga ibu. Sebagaimana penjelasan Ibnu Kathir dalam kitabnya fathul bari:

 

“Maka Hajar dan anaknya Ismail mengikut Ibrahim AS sambil bertanya secara berulang kali: Wahai suamiku Ibrahim, ke mana mahu kamu bawa kami? Apakah kamu mahu tinggalkan kami berdua di tempat yang tidak berpenghuni dan sahara kontang ini? Hajar merayu kepada Ibrahim berulang kali, namun langsung tidak dijawab oleh Ibrahim AS. Tanpa putus asa Hajar bertanya lagi: Apakah Allah yang memerintahkan kamu dengan hal begini? Ibrahim menjawab sepatah: Ya. Setelah mendengar jawapan suaminya itu, Hajar AS dengan penuh yakin berkata: ‘Jika begitu, nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita’”

 

Itu kisah wanita bernama Hajar. Allah angkat ketokohan isteri yang patuh pada suami dan taatkan perintah Allah ini dengan memonumenkan perjalanan dan kesungguhan berlari-lari anak di antaraSafaMarwahrukun haji. Hebat mana pun kita, gagah perkasa atau apa jua pangkat yang kita sandang, mahu tidak mahu dalam menyelesaikan ibadat haji kita pasti akan melakukan apa yang pernah dilakukan oleh srikandi, isteri dan ibu yang kental imannya dengan Allah yang bernama Hajar.

 

Ibrahim, Ismail AS Dan Kisah Penyembelihan

 

Firman Allah SWT yang bermaksud:

 

“Maka setelah Anak itu (Ismail) telah mampu berdikari, berkatalah Ibrahim AS kepada anaknya Ismail: ’Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu, maka apakah pandanganmu?’ Jawab Ismail AS: ‘wahai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan itu, nescaya kamu akan mendapati aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar”

(Al-soffat: ayat 101)

 

Kehebatan Ibrahim AS mengorbankan anak kesayangan yang baru sahaja ditemui setelah ditinggalkan bersama ibunya Hajar di sahara kontang. Pengorbanan yang bukan sedikit tapi dengan tangannya sendiri mahu disembelih Ismail lantaran wahyu yang disampaikan Allah melalui mimpi.

 

Apakah sanggup kita lakukan semua itu terhadap anak darah daging sendiri? Jika tidak kerana perintah dan ketetapan Allah nescaya Ibrahim juga akan teragak-agak melakukan penyembelihan tersebut. Namun segalanya adalah bukti keimanan dan keyakinan pada Allah yang tidak berbelah bagi. Ismail tetap mahu disembelih dengan tanganya sendiri yang kemudiannya Allah tebus dengan sembelihan besar seekor. Peristiwa inilah yang diambil sebagai ingatan mengorbankan binatang ternakan pada Aidil Adha.

 

Yang pasti Ibrahim telah menunjukkkan bukti dan teladan buat umat hingga akhir zaman bahawa segala yang ada di dunia ini sanggup dikorbankan semata-mata kerana perintah, taatkan Allah dan yakin dengan janji-Nya.

 

Ismail AS juga punya kekentalan iman dan keutuhan keyakinan sama seperti ayahnya. Jawapan yang diberikan kepada ayahnya ketika diajukan perintah Allah untuk menyembelihnya adalah jawapan yang mengandungi kefahaman matlamat hidup yang jelas, manifestasi ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada seorang ayah dan yang paling penting demi Allah, Tuhan kepada umat manusia.

 

Kita Hari Ini, Bagaimana?

 

Tiga model agung yang dibawakan dalam lakaran sirah kali ini adalah manifestasi tigaibesar yang menempati 1/3 daratan dunia hari ini. Ia merangkumi entiti remaja, pemuda dan juga anak iaitu Ismail AS. Ibrahim Khalilullah pula adalah watak mewakili seorang lelaki dewasa, ayah, suami dan juga pemimpin. Manakala HajarAStaraf dan penghormatan buat srikandi, isteri dan ibu. Ia seolah-olah melengkapi semua status yang ada di dunia hari ini.

 

Justeru, diharapkan agar perkongsian kisah ini dapat mengingatkan kita kembali kepada kembara takwa seorang hamba untuk kembali kepada Tuhan dengan harapan akan beroleh Syurga. Semua tidak terkecuali. Dalam baki usia yang ada, usaha sedaya yang ada untuk kekal istiqamah dalam iman dan menjauhi dosa dan kemaksiatan. Jangan pernah berhenti berdoa agar beroleh Syurga.

 

Sekian.

 

MUHAMMAD NAJID ABDULLAH

Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia

24 Zulkaedah 1434 /30 September 2013

Subsidiaries

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. Nutrifera Marketing Sdn. Bhd. PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.