Jabatan Sumber Manusia Dan Pentadbiran (JSMP) mengambil pendekatan bermuhasabah dalam kerangka lunak iaitu dengan menganjur Program Usrah & Qiam dengan tema “We Are Family” pada 26 dan 27 September 2013

 

Assalamualaikum Wrt. Wbr. TH.

 

Daripada Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda:

 

”Orang Mukmin yang menyantuni manusia sekeliling (sosial kemasyarakatan) dan sabar di atas kerenah sosial yang muncul lebih baik atau lebih banyak pahalanya daripada orang mukmin yang hanya bersendiri (anti sosial), malah sering keluh kesah atas kesakitan akibat pergaulan sosial itu”

(Al-Tirmizi 2507, Ibn Majah 4032)

 

Alhamdulillah. Puji dan syukur hanya layak buat Allah SWT. Selawat serta salam buat junjungan nabi SAW, ahli keluarga baginda, Amma ba’du.

 

MyTazkirah4u diwujudkan sebagai suatu alternatif yang bersifat membantu kelancaran hubungan antara kakitangan. Ia boleh dirujuk sebagai misi dakwah melalui tulisan atau seringkali disebut sebagai “cetakan keras”. Direncana untuk membangunkan minda dan rohani kakitangan seiring motto syarikat “Untung Dunia, Untung Akhirat”

 

Cara sebegini adakalanya dikatakan sebagai “sekolah lama” tetapi hakikatnya ia “sentiasa hijau” yang masih diguna sehingga ke hari ini. Sekalipun “alam maya” yang menjadi kegilaan masyarakat dan dianggap moden namun cetakan sebegini masih boleh diterima. Harapnya begitu.

 

Untuk itulah Risalah Pembangunan MyTazkirah4u yang diterbitkan oleh Jabatan Sumber Manusia Dan Pentadbiran ini dicetak dan diedarkan untuk semua kakitangan. Rubriknya berorientasikan skema tersusun merangkumi persoalan akidah, hukum dan tatacara akhlak. Unsur anjal juga menjadi fokus utama dalam setiap bahan cetak yang akan dipaparkan.

 

Selain daripada artikel yang dihasilkan oleh JSMP, setiap kakitangan boleh juga menghantar sebarang artikel dan ia akan dipertimbangkan untuk disiarkan. Penulisan yang dihasilkan bolehlah merangkumi isu-isu seputar sosial pejabat, kerenah masyakat, negara mahupun dunia luar. Selagi ia bersifat info, pandangan, artikel reatif atau dakwah.

 

Tuan / Puan yang budiman,

 

Zulkaedah 1434 telah melepasi separuh bulan. Tinggal lagi sepurnama untuk berlabuhnya tahun 1434 Hijriah. Muhasabah akhir sepatutnya disiapkan laporannya. Pastinya setiap jabatan akan sibuk mengemaskini laporan prestasi dan lain-lainnya yang bersifat dokumentasi fail dan penstrukturan.

 

Jabatan Sumber Manusia Dan Pentadbiran (JSMP) mengambil pendekatan bermuhasabah dalam kerangka lunak iaitu dengan menganjurkan Usrah & Qiam dengan tema “We Are Family” pada 26 dan 27 September 2013. Khamis dan Jumaat dengan pengisian yang santai.

 

Usrah Dan Qiam PMBK kali ini mengetengahkan konsep persaudaraan dengan slogan “We Are Family” sebagai benchmark kepada hubungan interpersonal antara kakitangan.

 

Muhasabah mudah yang seringkali dilupakan ramai walhal ia adalah indikator utama kepada pembangunan sesebuah entiti. Muhasabah yang berkait hubungan silaturrahim antara semua kakitangan.

 

Justeru, mengambil konsep ini untuk dimuhasabahkan, walaupun secara pukal adalah suatu sentuhan ke arah membina saf yang lebih tersusun untuk melaksanakan agenda perancangan akan datang.

 

Semoga usaha kecil ini akan menatijahkan faedah besar kepada pembangunan kerohanian kepada seluruh kakitangan.

 

Seiring itu jualah pembangunan dan kemajuan syarikat akan terus memuncak sesuai dengan kedudukan sebagai agensi yang mengguna-pakai nama eksklusif Menteri Besar Kelantan.

 

Sekian, terima kasih.

 

AHMAD JAFNY BIN JUSOH

Pengurus Kanan Sumber Manusia Dan Pentadbiran

17 Zulkaedah 1434 / 23 September 2013

Subsidiaries

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. Nutrifera Marketing Sdn. Bhd. PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.