Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja. Semakin dibakar oleh keadaan, semakin dititik oleh cabaran hidup, semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah, apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.

Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat.

Pemimpin adalah mereka yang mampu melihat lebih banyak dari orang lain, yang mampu melihat lebih jauh daripada orang lain, serta mampu melihat segala sesuatu sebelum orang lain. Leroy Eimes

Kepemimpinan adalah gabungan unsur-unsur kecerdasan, sifat amanah, rasa kemanusiaan, keberanian, serta disiplin. Hanya ketika seseorang memiliki kelima-lima unsur ini menjadi satu dalam dirinya, masing-masing dalam posisi yang tepat, baru dia layak dan mampu menjadi seorang pemimpin sejati. Sun Tzu

Tidak mampu menjadi pemimpin besar seseorang yang ingin mengerjakan semuanya sendiri, atau seseorang yang ingin mendapatkan semua pengakuan atas tindakannya tersebut.  Andrew Carnegie

Kepemimpinan bererti memecahkan masalah. Hari ketika para bawahan anda berhenti membawa permasalahan mereka kepada anda adalah hari ketika anda berhenti menjadi pemimpin mereka. Mungkin orang bawahan anda tidak lagi percaya akan kemampuan anda menolong menyelesaikan masalah mereka, atau mungkin mereka menyimpulkan bahwa anda tidak peduli lagi akan semua masalahan mereka. Yang manapun alasan mereka berhenti menghadap anda untuk semua masalah mereka, itu adalah tanda kegagalan kepemimpinan anda. Karl Popper

Pemimpin harus cukup dekat dengan yang dipimpinnya agar mampu memahami kondisi mereka, tetapi harus cukup jauh juga agar mampu memotivasikan mereka.  John Maxwell

Kepemimpinan adalah memahami orang dan melibatkan mereka untuk membantu anda mengerjakan sesuatu tugas. Dan ini memerlukan semua sifat luar biasa seperti integriti, dedikasi akan suatu tujuan, sikap tanpa memilih, pengetahuan, ketrampilan, kemampuan, kegigihan serta sifat pantang menyerah pada kegagalan. Admiral Arleigh A. Burke

Tugas seorang pemimpin adalah membawa orang dari tempat mereka berada sekarang ke tempat yang belum pernah mereka datangi. (Dengan kata lain, tugas pemimpin adalah memotivasi orang untuk melakukan pencapaian terbesar yang belum pernah mereka capai sebelumnya. Henry Kissinger

Subsidiaries

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. Nutrifera Marketing Sdn. Bhd. PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.