Banner Article 01

khatam quran 2019

Majlis Khatam Al-Quran & Usrah PMBK 2019
Sabtu, 30 Jamadil Akhir 1440H bersamaan 07 Mac 2019

Program Usrah Perdana PMBK kali ini diserikan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Kota Darul Naim malam tadi.

 

Seramai 50 orang kakitangan PMBK termasuk keluarga yang terbabit dalam program tadarus Al-Quran setiap awal pagi telah hadir menjayakan majlis ini. Mereka memulakan majlis itu dengan membaca Surah Ad-Dhuha sebelum berakhir dengan Surah An-Nas.    

Acara ini diteruskan pula dengan program Usrah bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Saibon bin Ismail yang bertajuk "Meraih Kemuliaan Hidup dengan Al-Quran". Program berakhir dengan jamuan makan pada pukul 10 malam.