Banner Article 01

Program Khidmat Komuniti PMBK & Kumpulan bersama penduduk Dabong
Dabong, 5 Syaaban 1439H bersamaan 21 April 2018

khidmat komuniti dabongPerbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) & Kumpulan telah mengadakan Program Khidmat Komuniti bersama penduduk Dabong pada 21 April 2018 yang bertempat di Padang Majlis Daerah Dabong, Kelantan.

Program yang bermula pada pukul 9 pagi ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah diantara kakitangan PMBK & Kumpulan dengan penduduk Dabong disamping khidmat sosial. Pelbagai aktiviti diadakan seperti ziarah mahabbah ke rumah penduduk dan menyampaikan bantuan seperti keperluan asas, Demonstrasi Dapur Hijau oleh Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Pengenalan Dinar dan Dirham oleh Kelantan Gold Trade Sdn Bhd, Pembaikan rumah oleh PMBK Development Corporation Sdn Bhd dan Khidmat Sedut Tangki Septik & Sisa Kumbahan oleh Majaari Services Sdn Bhd.       

Beberapa acara sukaneka diadakan seperti Pertandingan Menjala, Acara Bowling Padang, Pertandingan Berebut Kerusi, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Membuat Sandwich. Turut diadakan acara cabutan bertuah dan pengagihan anak benih Durian Kunyit yang telah dibuat catuman dewasa berserta anak pisang Pisang Berangan yang dibiak dengan menggunakan kaedah pembiakan kultur tisu kepada penduduk setempat.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh ,Tn Hj Abdul Rashid b. Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK pada pukul 1 tengahari dan diakhiri dengan jamuan rakyat.