Banner-Aktiviti-2014

TAZKIRAH MINGGUAN - NILAI IBADAH DALAM BEKERJA
oleh Ust Othman Mat Zain, 12 Jamadil Awal 1439H bersamaan 29 Januari 2018 

TAZKIRAH NILAI IBADAH DALAM BEKERJARingkasan:
Bekerja adalah mekanisme kemakmuran dalam peradaban dan pembangunan manusia di muka bumi Allah swt. Percayalah rezeki yang dilimpahi oleh Allah swt adalah tidak terkira banyaknya dan mencari rezeki yang halal itu adalah mulia di sisi Allah.

Melakukan kerja dengan niat semata-mata kerana Allah swt amatlah mulia nilainya di sisi Allah swt. Sekiranya kerja tidak diletakkan dengan melakukan demi Allah swt, kerja-kerja tersebut adalah sia-sia. Biarlah matlamat kerja yang dilakukan menghasilkan ganjaran di muka bumi dan juga di akhirat nanti.

Bekerjalah disamping menuntut pahala agar kehidupan kita sentiasa diiringi dengan kemuliaan dan keredaan Allah swt.