There are no translations available.

News_Banner_Berita_Terkini
Piala FA: Kelantan isytihar 20 Mei cuti peristiwa
HarakahDaily Online | Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 13 Mei: Kelantan mengisytiharkan 20 Mei adalah cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara pasukan negeri itu dengan Sime Darby pada 19 Mei ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di bilik MMKN, Kota Darulnamin di sini, petang ini.

Ini, katanya bagi memberi sokongan dan memastikan keselamatan penyokong The Red Warriors menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby itu.
Seterusnya...
There are no translations available.

News_Banner_Berita_Terkini
Kelantan mula bina lebuh raya KB-KK akhir bulan ini
HarakahDaily Online | Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 10 Mei: Pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 kilometer yang tergendala sebelum ini bakal dibina akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pembinaan yang merangkumi tiga fasa itu.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya semalam.

Husam bagaimanapun berkata, tarikh pecah tanah untuk pembinaan lebuh raya ini akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini.
Seterusnya...
There are no translations available.

News_Banner_Berita_Terkini
Kelantan mohon Petronas layannya seperti T'ganu
Harakahdaily Online

KOTA BHARU, 25 APR: Kerajaan negeri Kelantan  memfailkan afidavit tambahan ke dalam kesnya bagi mendesak Petronas mendedahkan penyelesaian luar mahkamah yang dicapainya dengan kerajaan negeri Terengganu.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dalam kenyataannya berkata, affidavit tambahan telah pun difailkan 23 April 2012 untuk memohon mahkamah mengarahkan Petronas mendedahkan terma-terma penyelesian luar mahkamah yang telah dimeterai.

Ini adalah kerana perjanjian antara kedua-dua negeri dengan Petronas adalah 100 peratus sama.
Seterusnya...
There are no translations available.

News_Banner_Berita_Terkini
Nik Aziz ucap tahniah kepada peserta Bersih 3.0
HarakahDaily Online | Rizal Tahir

KOTA BHARU, 28 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berjaya menyertai Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

Katanya, rakyat di negara ini hadir ke ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan Bersih 1 kerajaan diam dan membisu, manakala  Bersih 2.0 kerajaan buat ‘pekak badak’.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Melbourne, Makkah, Madinah, Mesir turut menganjurkan bersih di tempat masing-masing.
Seterusnya...
There are no translations available.

News_Banner_Berita_Terkini
2 kali SPRM siasat isu serupa di AKSB?
HarakahDaily Online | M Faqih & Rizal Tahir

KOTA BHARU, 25 APR: Lebih setahun lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menyiasat mengenai dakwaan berlaku penyelewengan membabitkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Namun tiada kes yang ditemui dan tidak dikemukakan untuk pendakwaan di mahkamah. Sebaliknya kelmarin SPRM dari Putrajaya pula datang bagi menyiasat isu yang hampir serupa.

Di sini timbul tanda tanya kehadiran pegawai SPRM dari Putrajaya mungkinkah ada kaitan dengan orang politik, selepas tiada kes ditemui SPRM Kelantan.
Seterusnya...

In order to view this object you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

Powered by RS Web Solutions

There are no translations available.

News_Banner_Aktiviti_PMBK
02Lawatan Delegasi Dari Kabupaten Dompu Pulau Sumbawa, Indonesia
Oleh Shariah Derahman

Kabupaten Dompu merupakan sebuah Kabupaten di Daerah Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Ibu kotanya adalah Dompu dan berada di bahagian tengah Pulau Sumbawa. Wilayahnya seluas 232,155 km² dan jumlah penduduknya sekitar 250,000 orang. Kabupaten Dompu bersempadan dengan Kabupaten Sumbawa dan Teluk Saleh di barat, Kabupaten Bima di utara dan timur serta Samudera Hindi di selatan. Dompu terkenal sebagai penghasil susu kuda liar dan madu.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) merasa amat bertuah menerima kunjungan balas dari Bupati Kabupaten Dompu dan rombongan selama 4 hari bermula dari 10 Mac sehingga 14 Mac 2012. Kunjungan balas ini adalah susulan dari kunjungan yang telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, YB Dato’ Husam Musa, dan PMBK Az-Zahab Sdn Bhd ke Kabupaten Dompu pada 30 Disember 2011 hingga 04 Januari 2012 iaitu sebagai tinjauan awal ke daerah berkenaan. Kemudian pada 09 Februari 2012 hingga 14 Februari 2012, satu lagi lawatan diadakan ke Kabupaten Dompu sebagai batu loncatan kepada kerjasama yang bakal dijalankan dan hasil daripada lawatan kedua ini, beberapa jenis mineral yang berpotensi telah ditawarkan untuk dibangunkan oleh agensi Kerajaan Negeri Kelantan.
Read More...
There are no translations available.

News_Banner_Aktiviti_PMBK

 MAJLIS PENGUMUMAN KOTA BHARU SENTRAL @ TUNJONG

Admin

 

Tunjong yang dipilih sebagai sebuah bandar baru bagi mengimbangi kepesatan Bandar Kota Bharu bakal berubah wajah dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang setelah beberapa projek pengisiannya siap dilaksanakan bermula awal Januari ini.

Projek pembangunan itu bakal dilaksanakan secara usahasama antara Sara-Timur Urban Development Corporation (TDC), Perbandanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Tunjong Development Corporation dan akan menelan belanja sekitar RM600juta.

Majlis pelancaran Bandar Baru Tunjong itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman dan lain-lain jemputan.

Read More...
There are no translations available.

News_Banner_Aktiviti_PMBK

HARI KELUARGA PMBK 2011
Admin

Program Hari Keluarga 2011 telah bermula pada hari Khamis, 8 Disember 2011 di Tok Aman Bali Resort di mana PMBK adalah merupakan organisasi pertama yang mengadakan Hari Keluarga di sana. Para kakitangan dan keluarga telah mula tiba di resort seawal jam 3 petang. Keindahan resort yang bercirikan senibina Bali dan suasana pantai yang dijalinkan dengan suara deruan ombak amat mendamaikan. Kepenatan kami bekerja terasa hilang ditiup angin pantai yang kadangkala tenang tetapi terkadang agak kencang di tengah-tengah musim tengkujuh sekarang ini.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Pengurus-pengurus anak syarikat, serta keluarga masing-masing.

Read More...
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
May 2012
S M T W T F S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Webpmbk.gov
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday577
mod_vvisit_counterYesterday2320
mod_vvisit_counterThis week17550
mod_vvisit_counterLast week19083
mod_vvisit_counterThis month49078
mod_vvisit_counterLast month54282
mod_vvisit_counterAll days1343573


SUBSIDIARIES



Peta Laman


Hakcipta Terpelihara | Copyright © 2010 - 2011 Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel : 09 - 747 4082 | Faks : 09 - 747 7815

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
DISCLAIMER: Perbadanan Menteri Besar Kelantan will not be responsible to any damages or loses caused by the use of information in this website.