Perbadanan Menteri Besar Kelantan


Skim Kifaalah & Takaful PDF Cetak E-mail

Kifaalah Sdn Bhd

Kifaalah Sdn Bhd ditubuhkan pada 28hb Mac 2007 yang dipertanggungjawab untuk menjadi jentera penggerak kepada program Skim Takaful Kifaalah Warga Emas dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pada awalnya Kifaalah Sdn Bhd bertanggungjawab untuk memproses borang-borang penyertaan Skim Takaful Kifaalah Warga Emas dan menyediakan pangkalan data berkaitan peserta Skim Takaful Kifaalah Warga Emas. Memandangkan ia mempunyai potensi untuk menjana pendapatan maka diperluaskan bukan hanya tertumpu kepada program warga emas tetapi menjalankan perniagaan Takaful. Kemudiannya Kifaalah Sdn Bhd telah dilantik oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd sebagai wakil korporat dalam memasarkan dua jenis perniagaan takaful iaitu Takaful Am dan Takaful Keluarga. Kifaalah Sdn Bhd kini turut berperanan di dalam pengurusan perlindungan takaful ke atas aset dan kepentingan bagi pihak kerajaan negeri Kelantan dan keseluruhan agensinya serta syarikat berkaitan kerajaan yang dahulunya diuruselia oleh Rowstead Systems Sdn Bhd.

 

Berikut adalah insuran (Skim Kifaalah dan Takaful) yang ditawarkan oleh Kifaalah Sdn Bhd:

  • Skim Takaful Kifaalah Warga Emas

Skim Takaful Kifaalah Warga Emas adalah produk skim takaful PERCUMA yang ditawarkan oleh Kifaalah Sdn Bhd. Skim ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan terbuka untuk disertai oleh seluruh rakyat kelantan lelaki dan perempuan yang berumur 60 tahun ke atas. Rakyat negeri lain yang berumur 60 tahun yang bermastautin di Kelantan juga layak menyertai skim ini. Baca lagi...

 

  • Skim Kifaalah Khaira Ummah

Skim Kifaalah Khaira Ummah adalah produk skim takaful berbayar yang terbaru ditawarkan oleh Kifaalah Sdn Bhd.Skim ini terbuka untuk seluruh rakyat kelantan yang berumur 18 tahun ke 59 tahun. Baca lagi...

 

  • Skim Kafaalah Takaful As-Syabab/An-Nisa'

Merealisasikan kesempurnaan Rukun Islam Kelima bagi seluruh rakyat Kelantan apabila berlaku kematian melalui manfaat Badal Haji. Skim takaful berbayar ini ditawarkan khusus untuk seluruh rakyat Kelantan yang berumur 18 hingga 59 tahun. Baca lagi...

 

  • Skim Kafaalah Takaful Penghulu Kerajaan Negeri Kelantan

Penghulu memainkan peranan yang sangat besar sebagai penghubung di antara rakyat dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Mereka menjadi penghubung menyampaikan pelbagai maklumat serta menjadi penghubung urusan wakil rakyat dengan masyarakat setempat. Di samping itu juga Penghulu juga menjadi pemudahcara kepada program Takaful Kifaalah Warga Emas Kerajaan Negeri Kelantan. Sebagai menghargai peranan dan jasa mereka kepada negeri, Kerajaan Negeri kelantan melalui Kifaalah Sdn. Bhd. telah menubuhkan satu skim khusus untuk mereka. Skim Kafaalah Takaful Penghulu Kerajaan Negeri Kelantan di wujudkan dengan kerjasama Koperasi Penghulu Kelantan. Baca lagi...

 

  • Skim Kafaalah Takaful Aulad

Menyediakan manfaat perlindungan kepada pelajar jika ditakdirkan berlaku kematian atau keilatan akibat kemalangan termasuk:

    • mati lemas, terhidu gas, keracunan makanan, patukan ular / serangga
    • menunggang motosikal sama ada sebagai penunggang / pembonceng
    • rusuhan / kekacauan awam

Baca lagi...

 

  • Takaful Am (Motor & Bukan Motor)

Memberikan perlindungan Takaful ke atas peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga, kebakaran, kecurian, kerugian turutan, rumah dan barangan, wang, jaminan kejujuran, liabiliti awam, liabiliti majikan, pampasan pekerja, semua risiko, semua risiko kontraktor, semua risiko pembinaan, semua Risiko Peralatanplat kaca, tangki penyimpanan, dandang dan bejana tekanan, kerosakan jentera, dan pekerja asing. Baca lagi...

 

  • Takaful Keluarga (Keluarga, Kamalangan Diri, Hospitaliti/Pembedahan & Pemilik Rumah Kediaman)

Memberikan perlindungan Takaful ke atas keluarga anda dari kemalangan, hilang upaya/kecacatan, penyakit serta perlindungan harta keluarga. Baca lagi...

 

  • Takaful Gadaijanji (Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia)

Pelan Takaful Gadaijanji ini melindungi baki pembiayaan pembelian rumah seseorang individu semasa tempoh pembayaran beransuran kepada pembiaya. Pelan ini tiada unsure simpanan dalam perlindungannya. Baca lagi...

 

 

scroll back to top
 
Webpmbk.gov.my
April 2014
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday377
mod_vvisit_counterYesterday1854
mod_vvisit_counterThis week17788
mod_vvisit_counterLast week15348
mod_vvisit_counterThis month45440
mod_vvisit_counterLast month66840
mod_vvisit_counterAll days3713797

Sesli Chat

ingilizce kursu

bariyer

turnike


KUMPULAN PMBK



Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mengenai Kami


my.gov mampu msc mdec kelantan

Hakcipta Terpelihara | Copyright © 2010 - 2011 Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel : 09 - 747 4082 | Faks : 09 - 747 7815

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
DISCLAIMER: Perbadanan Menteri Besar Kelantan will not be responsible to any damages or loses caused by the use of information in this website.