|
PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PMBK
Firman Allah SWT:

|
"Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu."
Surah Shaad Ayat ke-26
|
Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas nikmat dan rahmatNya, maka laman web rasmi PMBK ini dapat diwujudkan.
Menerusi laman web ini, PMBK berhasrat untuk menyalurkan berbagai informasi terkini mengenai aktiviti ekonomi dan sosialnya untuk dilayari oleh para usahawan, pelabur serta badan-badan lain yang berkepentingan samada di peringkat tempatan ataupun dari luar negara.
Memandangkan aktiviti PMBK yang semakin meningkat dan berkembang serta berdaya saing, maka PMBK mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan yang membina dari semua pihak dari semasa ke semasa.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama kepada PMBK dalam melaksanakan amanah sebagai Khalifah Allah SWT demi membangunkan sosio ekonomi Negeri Kelantan bagi kesejahteraan semua lapisan rakyat.
Selamat melayari laman web kami.
"ISLAM DIMARTABAT, RAJA DIDAULAT, NEGERI BERKAT"
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN"
Sekian. Wassalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
|