• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

Ammar Rahimahullah

Oleh : Zuraidah Mohd Hussin

Berita kematian seorang pelajar Malaysia akibat kemalangan di Istanbul, tanggal 2 November 2013 tidaklah menjadi perhatian ramai. Namun, apabila kunjungan majlis pengkebumiannya di media sosial mencecah jutaan, masing-masing tertanya-tanya siapakah anak muda ini dan apakah keistimewaannya. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyup Sultan, sebuah tanah perkuburan terbesar di Turki. Perkuburan Eyub Sultan adalah tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang sahabat Rasulullah SAW, para auliya’, panglima-panglima Uthmaniah dan orang-orang ternama.  Di tanah perkuburan ini juga terdapatnya makam Saidina Abu Ayyub Al-Ansari RA, sahabat Rasulullah SAW. Takdir Allah, Datuk Bandar Eyub memberi pengecualian kepada rakyat Malaysia pertama untuk disemadikan di sini.

Kematian adalah penghujung bagi sebuah kehidupan, kerana di sanalah kehidupan yang abadi. Anak muda yang berusia 20 tahun ini merupakan anak lelaki tunggal kepada Encik Ahmad Azam bin Abdul Rahman dan Puan Nor Azlina, aktivitis pertubuhan bukan kerajaan dalam pelbagai misi kebajikan dan kemanusiaan. Anak muda ini berbeza dengan anak muda lain di seawal usianya. Beliau fasih berbahasa turki dan telah khatam kitab Risalah An-Nur, nukilan ulama terulung, Badiuzzaman Said Nursi. Beliau juga telah diberi tauliah untuk mengajar Risalah ini.

Salah satu kandungan di dalam Risalah An-Nur ialah Pedoman Masa Muda, di mana karya ini membantu anak muda khususnya menentukan hala tuju kehidupan di samping membimbing mereka untuk mengecap dan menikmati masa muda menurut jalan yang diredhai Allah. Bab ini memberikan pencerahan kepada anak muda yang ingin membangkit dan menghidupkan jiwa mereka. Kerana karya inilah juga,  Badiuzzaman Said Nursi telah didakwa di mahkamah kerana dikatakan bercanggah dengan prinsip sekularisme yang dipegang oleh Mustafa Kamal Attartuk dan ditulis dengan niat untuk menjadikan Islam sebagai dasar negara!

Saya tidak berhasrat untuk meletakkan sebarang noktah dalam tulisan ini. Saya mengharapkan perkongsian yang sedikit ini membuka ruang untuk kalian yang berminat untuk menggali khazanah ilmu dengan mendapatkan bacaan berkaitan bagi mengenali gaya hidup anak muda yang bernama Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

Di sini juga saya petik sedikit tulisan Tuan Hj Amidi Abd Manan, Presiden ABIM:

“Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010 MaktabTentera DiRaja dan melanjutkan pelajaran di Turki di bidang sejarah. Ahmad Ammar merupakan anak muda yang baik, tekun, berdisplin,taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di khalayak ramai. Pandai menempatkan diri di khalayak ramai. Dan yang paling menyentuh perasaan ialah mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semuga Allahyarham menjadi penuntun ibubapanya ke syurga”

Kata kakak sulungnya, Nabila Azam yang bermesej dengan Ammar sewaktu beliau mengikuti misi ke Syria dan mengatakan sebenarnya beliau ingin syahid di sana;

“Never thought this would be the last conversation with him. When he told me that he wanted to be one of the syuhada’ in Syria, I seriously thought that he just simply saying it. Never crossed my mind that he was really menat it, now with Allah’s will you are one of the syuhada’, the shaheed who seek for knowledge and plan to share it with others…all of us proud of you.”

Kenapa kisah ini saya ketengahkan untuk tatapan…. Moga lebih ramai “Ammar” akan lahir terutamanya di kalangan anak-anak warga PMBK, dalam kealpaan dengan pelbagai gajet moden pada hari ini.

Al-Fatihah

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa