|
SIHHAT-AFIAT SDN BHD
Eksekutif Pemasaran
Tanggungjawab:
Merancang, mengurus, merangka strategi dan melaksanakan program pemasaran bagi memperkenalkan Syarikat dan produk air mineral keluaran Syarikat di pasaran.
Kelayakan:
- Mempunyai ijazah dalam bidang pemasaran atau bidang berkaitan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam aktiviti pemasaran.
- Mempunyai personaliti dan skil komunikasi yang baik dan
- Mempunyai kemahiran penulisan dan perbualan yang baik dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
- Boleh berdikari, berpengetahuan, dipercayai, jujur dan amanah.
- Mempunyai kemahiran dalam komputer terutama Microsoft Word/Excel, Power point dan seumpamanya.
Eksekutif Kewangan dan Pentadbiran
Tanggungjawab
- Mengurus akaun dan kewangan syarikat serta bajet termasuk aliran tunai syarikat
- Menyediakan laporan dan analisa kewangan termasuk laporan bulanan dan akaun yang diaudit
- Melaksanakan kawalan dan prosedur kewangan dalaman
- Menyediakan bajet tahunan termasuk kawalan
- Mengawal urusan pembelian, menyemak dan menguruskan pembayaran
- Menyemak bil-bil invois dan kontrak
- Mengurus sumber manusia termasuk pengambilan kakitangan, penggajian dan perkhidmatan pekerjaan
- Mengurus hal ehwal pentadbiran pejabat
- Mengurus isu-isu korporat termasuk urusan media dan pengurusan majlis
Kelayakan
- Mempunyai ijazah dalam bidang perakaunan atau berkaitan
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
Penyelia Operasi
Tanggungjawab
- Menyelia operasi harian syarikat supaya berjalan dengan baik dan lancer
- Menyelia penyelenggaraan peralatan mesin mengikut jadual dan berkeadaan baik
- Mempastikan semua peraturan, standard dan akta yang ditetapkan pihak berwajib ditepati dan dipatuhi.
- Menyelia kakitangan bawahan dengan baik bagi memastikan kualiti produk menepati standard yand diluluskan
Kelayakan
- Mempunyai Diploma dalam mana-mana bidang Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektikal atau kelayakan yang setaraf
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
- Boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
- Mempunyai kemahiran dalam komputer terutama Microsoft Word/Excel dan seumpamanya
- Berpengetahuan dalam ISO 9001 : 2000 (kelebihan)
Kerani Am
Tanggungjawab
- Membantu mengendalikan urusan pentadbiran pejabat
- Membantu kemasukan data dan mengemaskini fail-fail jabatan
Kelayakan
- Mempunyai SPM/STPM/Sijil dalam mana-mana bidang
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang pentadbiran pejabat
- Mempunyai kemahiran dalam pengendalian computer.
Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan yang lengkap termasuk resume (latarbelakang peribadi dan keluarga, pendidikan, kelayakan, pengalaman bekerja dan latihan), menyatakan gaji sekarang dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) serta nombor telefon bersama salinan sijil yang berkaitan ke alamat di bawah:
Sihhat-Afiat Sdn Bhd
Tingkat 2, Lot 188A, Seksyen 21, Jln Tengku Ismail,
Off Jln Telipot
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7430055 Fax: 09-7472223
Atau email
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tarikh tutup permohonan : 11 Ramadhan 1432H / 11 Ogos 2011
Catatan :
Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.
Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
|