MAJLIS PENGUMUMAN KOTA BHARU SENTRAL @ TUNJONG PDF Cetak E-mail

News_Banner_Aktiviti_PMBK

 MAJLIS PENGUMUMAN KOTA BHARU SENTRAL @ TUNJONG

Admin

 

Tunjong yang dipilih sebagai sebuah bandar baru bagi mengimbangi kepesatan Bandar Kota Bharu bakal berubah wajah dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang setelah beberapa projek pengisiannya siap dilaksanakan bermula awal Januari ini.

Projek pembangunan itu bakal dilaksanakan secara usahasama antara Sara-Timur Urban Development Corporation (TDC), Perbandanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Tunjong Development Corporation dan akan menelan belanja sekitar RM600juta.

Majlis pelancaran Bandar Baru Tunjong itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan lain-lain jemputan.


Projek yang dicadangkan namanya sebagai Kota Bharu Sentral itu akan melalui tiga fasa yang bakal menempatkan beberapa komponen antaranya kompleks kerajaan, perumahan, pusat membeli belah.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu memberitahu, konsep hijau perlu dikekalkan dalam pembinaan projek itu.

“Ini bermaksud ia akan menggunakan teknologi hijau seperti penjimatan tenaga, penggunaan sumber alam sekitar, mengelakkan kerosakan alam dan menjadikan Bandar ini dipenuhi dengan pokok-pokok lanskap yang hijau dan menarik.

“Saya mengambil contoh cadangan pembinaan Masjid Sultan Muhammad V  yang mengaplikasikan konsep Bandar Hijau ini dengan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik melalui pencahayaan dan pengudaraan semulajadi, penghawa dingin semulajadi dengan tiupan angin dari alam.

“Malah, rekabentuknya diolah supaya pembaziran penggunaan tenaga eletrik dapat dikurangkan,”ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, semoga Bandar Baru Tunjong yang dibangunkan dengan berkonsepkan Bandar Hijau, akan mengurangkan pelbagai masalah yang melanda bandar-bandar besar di seluruh negara tidak berulang di Bandar Baru Tunjong.

Tambahnya, sebagai contoh banjir kilat walaupun  Kelantan dikaitkan dengan kemunduran dan banjir akibat kelemahan sistem pengaliran, hakikatnya banjir-banjir kilat melanda hampir seluruh bandar besar di Malaysia sekiranya berlaku hujan lebat berterusan.

Tambahnya, dengan kesesakan lalulintas akibat ketiadaan perancangan yang baik semasa membina aliran trafik juga dapat diatasi dengan pembangunan Bandar Hijau yang mesra trafik.

“Saya dimaklumkan bahawa pembangunan Kota Bharu Sentral Tunjong ini akan melibatkan tapak seluas 41.13 ekar yang melibatkan antara lain 26.49 ekar untuk bangunan perniagaan dan 6.34 ekar untuk pangsapuri dan kondominium.

“Dengan kawasan seluas ini, saya yakin insya-allah ia akan menjadi mercu kejayaan kerajaan negeri Kelantan apabila ia siap dengan sempurna kelak,”ujarnya lagi.

scroll back to top
 
Webpmbk.gov
May 2013
S M T W T F S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday3952
mod_vvisit_counterYesterday3583
mod_vvisit_counterThis week25397
mod_vvisit_counterLast week35073
mod_vvisit_counterThis month108338
mod_vvisit_counterLast month120941
mod_vvisit_counterAll days2602421

Sesli Chat

ingilizce kursu

bariyer

turnike


ANAK SYARIKAT



Peta Laman


Hakcipta Terpelihara | Copyright © 2010 - 2011 Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel : 09 - 747 4082 | Faks : 09 - 747 7815

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
DISCLAIMER: Perbadanan Menteri Besar Kelantan will not be responsible to any damages or loses caused by the use of information in this website.