PENYERTAAN PMBK DALAM PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA PDF Cetak E-mail

AKTIVITI_PMBK_DAN_KUMPULAN

PENYERTAAN PMBK DALAM PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

Bersempena dengan Hari Malaysia pada 16 September 2011, kerajaan negeri telah mengadakan dua sambutan serentak iaitu Hari Kemerdekaan yang ke 54 peringkat negeri Kelantan tahun 2011 dan Hari Malaysia. Ia telah diadakan di padang Majlis Daerah Machang pada hari Jumaat lalu dengan moto ‘Satu Ummah Satu Matlamat dan disertai oleh pelbagai jabatan/agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pengurusan Badan Swasta, NGO dan pelbagai lagi. Sebanyak 75 kontinjen dari pelbagai organisasi turut menyertai sambutan ini.


Buat julung kalinya Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah menghantar kontinjen untuk sambutan kali ini. Ahli-ahli kontinjen adalah gabungan di antara PMBK dan anak-anak syarikat iaitu Kifaalah Sdn Bhd, Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd, Air Kelantan Sdn Bhd, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd dan Majaari Services Sdn Bhd. Acara telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis ini iaitu Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan. Disusuli pula dengan perarakan motosikal vespa, kereta mini dan kereta antik sebagai simbolik mengenang nostalgia kemerdekaan kepada para hadirin. Acara kemuncak ialah Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan dan telah disertai oleh barisan pimpinan negeri termasuk Exco, ADUN dan pelbagai lagi.

Acara lain yang turut diadakan pada sambutan tersebut ialah deklamasi Puisi Merdeka, persembahan tradisional pelbagai kaum, persembahan oleh pasukan ATM, perarakan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Kelantan serta bermacam-macam lagi.


Majlis ini telah disudahi dengan bacaan doa selamat dan sedikit jamuan ringan.

scroll back to top
 
May 2012
S M T W T F S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2
Webpmbk.gov
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday590
mod_vvisit_counterYesterday2320
mod_vvisit_counterThis week17563
mod_vvisit_counterLast week19083
mod_vvisit_counterThis month49091
mod_vvisit_counterLast month54282
mod_vvisit_counterAll days1343586


ANAK SYARIKAT



Peta Laman


Hakcipta Terpelihara | Copyright © 2010 - 2011 Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel : 09 - 747 4082 | Faks : 09 - 747 7815

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
DISCLAIMER: Perbadanan Menteri Besar Kelantan will not be responsible to any damages or loses caused by the use of information in this website.