LAMAN UTAMA  INFO PMBK  AKTIVITI  HUBUNGI KAMI  GALERI  ANAK SYARIKAT  PAUTAN  MUAT TURUN  QIADAH  WEBMAIL Bahasa : Bahasa Malaysia English

Laman Web PMBK sedang dikemaskini                     

Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

  > Home > Perbadanan Menteri Besar Kelantan > Arkib > MAJLIS PERPISAHAN DAN PENYERAHAN TUGAS
MAJLIS PERPISAHAN DAN PENYERAHAN TUGAS



Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti, begitulah lumrah kehidupan ini di mana pada setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah apa yang telah berlaku di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman yang telah menerajui PMBK selama 5 tahun 2 bulan telah meletakkan jawatan pada12 Safar 1431H bersamaan 28 Januari 2010.

Pada petang 28 Januari lalu, telah berlangsung majlis perpisahan dan penyerahan tugas yang disaksikan oleh Menteri Besar selaku Pengerusi PMBK, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jawatan CEO PMBK telah diganti oleh bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ir Hj Mustafa Salleh.

Dalam majlis tersebut, Ir Abdul Ariffahmi telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan. “Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini, saya juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang”, katanya.

Ir Abdul Ariffahmi menambah, “Terima kasih juga kepada pimpinan kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada saya menerajui syarikat besar seperti PMBK”.

Ir Mustafa pula melahirkan iltizam akan meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh Ir Abdul Ariffahmi sebelum ini bagi meneruskan kecemerlangan perbadanan ini. “Saya berharap mendapat kerjasama dari semua agensi kerajaan dan anak-anak syarikat bagi melancarkan lagi pentadbiran PMBK”.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis tersebut turut melahirkan rasa sedih dan menghargai sumbangan Ir Abdul Ariffahmi sepanjang berkhidmat di PMBK”.

Pada majlis tersebut, wakil daripada PMBK dan anak-anak syarikat telah menyampaikan cenderahati kepada Ir Abdul Ariffahmi sebagai tanda ingatan dan terima kasih. Hadir sama ialah Pegawai Kewangan Negeri, Faudzi Che Mamat, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Rusdi Abdullah dan pengurus anak-anak syarikat di bawah PMBK.

Jamuan ringkas turut diadakan pada petang tersebut bagi meraikan tetamu yang hadir.

 
 
422 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


CARIAN
Ikut Kategori
KATEGORI
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Jabatan Perladangan
Jabatan Hartanah
Jabatan Pembangunan Perniagaan
PMBK Sawit Sdn Bhd
Kifaalah Sdn Bhd
Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd
Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Tunjong Development Corporation Sdn Bhd
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd
Air Kelantan Sdn Bhd
Sisipan
Berita
QIADAH TERBARU
Majalah Qiadah
 MUAT TURUN PERCUMA
TERBARU

PAUTAN
Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
Portal MAMPUPortal Rasmi MSC

STATISTIK PELAWAT

Atas Talian : 8
Hari Ini : 119
Keseluruhan : 212259
Sejak 19/03/2008


Dibangunkan Oleh : Unit IT PMBK / Hakcipta Terpelihara 2010 Perbadanan Menteri Besar Kelantan