LAMAN UTAMA  INFO PMBK  AKTIVITI  HUBUNGI KAMI  GALERI  ANAK SYARIKAT  PAUTAN  MUAT TURUN  QIADAH  WEBMAIL Bahasa : Bahasa Malaysia English

Laman Web PMBK sedang dikemaskini                     

Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

  > Home > Perbadanan Menteri Besar Kelantan > Arkib > MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PMBK 2009
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PMBK 2009

“Setahun hanya sekali”, itulah  gambaran yang paling menarik  mengenai Aidilfitri. Pada musim ini kebanyakan organisasi mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka Hari Raya bagi meraikannya bersama-sama kakitangan dan juga orang ramai. Rumah terbuka ini juga memberi peluang kepada kakitangan syarikat untuk mengeratkan lagi ukhwah yang terbina selama ini.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan bersama anak-anak syarikat, Air Kelantan Sdn Bhd dan Kelkon Sdn Bhd juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan rumah terbuka Hari Raya bagi meraikan seluruh kakitangannya, anak-anak syarikat dan juga orang ramai. Majlis yang penuh meriah ini telah diadakan pada tanggal 12 Syawal 1430H bersamaan 1 Oktober 2009 yang bertempat di Laman Parkir PMBK.

Majlis ini bertambah meriah apabila perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan yang juga merangkap Pengerusi PMBK iaitu YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak ketinggalan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK iaitu Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Majlis sambutan Hari Raya ini adalah anjuran bersama di antara PMBK dan Majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan lagi ikatan ukhwah dan semangat kerjasama yang sedia terjalin di antara penghuni bangunan PMBK. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk membina budaya saling bermaafan di antara satu sama lain bersesuaian dengan tema yang dipilih iaitu “Tangan Dihulur, Maaf Dipinta”.

Pertandingan gerai tercantik antara anak-anak syarikat juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari itu. Selain itu, pelbagai juadah disediakan kepada tetamu termasuk sate, roti pakistan, lemang, ketupat, ayam golek, pelbagai aneka kek dan biskut raya, lontong, nasi dagang, nasi bukhari, laksa, mee kari dan sebagainya. Menu istimewa daripada PMBK Sawit ialah kijang golek telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari pengunjung yang datang.


 
 
288 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


CARIAN
Ikut Kategori
KATEGORI
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Jabatan Perladangan
Jabatan Hartanah
Jabatan Pembangunan Perniagaan
PMBK Sawit Sdn Bhd
Kifaalah Sdn Bhd
Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd
Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Tunjong Development Corporation Sdn Bhd
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd
Air Kelantan Sdn Bhd
Sisipan
Berita
QIADAH TERBARU
Majalah Qiadah
 MUAT TURUN PERCUMA
TERBARU

PAUTAN
Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
Portal MAMPUPortal Rasmi MSC

STATISTIK PELAWAT

Atas Talian : 8
Hari Ini : 74
Keseluruhan : 212035
Sejak 19/03/2008


Dibangunkan Oleh : Unit IT PMBK / Hakcipta Terpelihara 2010 Perbadanan Menteri Besar Kelantan