LAMAN UTAMA  INFO PMBK  AKTIVITI  HUBUNGI KAMI  GALERI  ANAK SYARIKAT  PAUTAN  MUAT TURUN  QIADAH  WEBMAIL Bahasa : Bahasa Malaysia English

Laman Web PMBK sedang dikemaskini                     

Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

  > Home > Perbadanan Menteri Besar Kelantan > Arkib > PRA PELANCARAN KELANTAN FIESTA 2010
PRA PELANCARAN KELANTAN FIESTA 2010

Kelantan Fiesta 2009 yang akan bermula pada Oktober depan berlangsung dalam suasana yang meriah pada majlis pra pelancarannya pada hari Jumaat, 24 Julai 2009 yang bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Fiesta yang julung kali diadakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dianjurkan oleh Redcarpet Sdn Bhd, dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang diterajui oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YAB Datuk Mustapa Mohamed yang bertindak sebagai penaung. Turut menghadiri majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan, YBrs Ir. Abdul Ariffahmi Ab Rahman dan juga beberapa tetamu jemputan.

Fiesta yang akan berlangsung selama empat hari bermula 28 Oktober depan akan diadakan di Padang Perdana dan Perkarangan Stadium Sultan Mohamad 1V, Kota Bharu. Fiesta itu akan mengadakan pelbagai aktiviti kekeluargaan, sukan rakyat dan hiburan selain mengadakan pameran mengenai pendidikan, pertanian, industri kecil dan sederhana, kesenian dan kebudayaan serta sukan dan rekreasi.

Karnival “Kelantan Fest 2009” diilhamkan oleh YBrs Ir. Abdul Ariffahmi iaitu Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Karnival yang julung kali diadakan itu dicetuskan untuk memperkasakan lagi penjenamaan korporat PMBK di samping memberikan sumbangan kepada rakyat Kelantan selaras dengan Dasar Kerajaan Negeri Kelantan.

Di samping itu, karnival itu juga turut diadakan bagi memberi peluang kepada peniaga-peniaga di Kelantan untuk memperluaskan lagi pasaran perniagaan yang secara tidak langsung dapat menjana ekonomu Negeri Kelantan.


 
 
181 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


CARIAN
Ikut Kategori
KATEGORI
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Jabatan Perladangan
Jabatan Hartanah
Jabatan Pembangunan Perniagaan
PMBK Sawit Sdn Bhd
Kifaalah Sdn Bhd
Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd
Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Tunjong Development Corporation Sdn Bhd
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd
Air Kelantan Sdn Bhd
Sisipan
Berita
QIADAH TERBARU
Majalah Qiadah
 MUAT TURUN PERCUMA
TERBARU

PAUTAN
Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
Portal MAMPUPortal Rasmi MSC

STATISTIK PELAWAT

Atas Talian : 9
Hari Ini : 67
Keseluruhan : 212028
Sejak 19/03/2008


Dibangunkan Oleh : Unit IT PMBK / Hakcipta Terpelihara 2010 Perbadanan Menteri Besar Kelantan