"Jalan terbaik untuk meramalkan masa depan adalah mencipta sendiri masa depan tersebut" Alan Kay
Inspirasi inilah permulaan perjalanan baru kami.
Kejayaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan usahasama anak-anak
syarikat yang sedia ada telah berjaya mencipta satu organisasi yang
kukuh yang didorong oleh satu wawasan baru yang diilhamkan dengan satu
fikiran baru.
Dengan
kepelbagaian pengalaman operasi kami yang sedia ada dan tahap
perniagaan yang tiada tandingan, kami bersedia untuk mengambil alih
satu corak kedudukan utama dan menerajui bidang-bidang perniagaan
secara global.
Kami, Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Kami berbangga dengan rakyat kami dan dalam apa jua yang kami buat.
Operasi
kami menjangkaui negara-negara timur tengah dan disokong oleh anak-anak
syarikat kami di Malaysia. Dalam mengekalkan dan memperluaskan
kewujudan negara kami, kami telah mengatur langkah untuk berada di
kedudukan strategik dalam perniagaan. Kami yakin untuk membentuk satu
hentian atau pengkalan multi-nasional Kelantan-Malaysia dengan
berpangkalan perniagaan teras kami dalam bidang perladangan,
multimedia, pembangunan hartanah, minyak dan gas, insurans dan
kelengkapan utiliti, dan juga kewujudan perkembangan dalam negeri dan
bio-teknologi.
Pelbagai peluang hebat yang
sedang menunggu kami. Berpandukan dengan visi dan pendekatan secara
sistematik, kami membina masa depan, hari ini.
Bersama, kami yakin untuk mencipta masa depan yang cerah untuk semua orang. |