
STRUKTUR SYARIKAT KUMPULAN
Industri perkhidmatan air negara telah distrukturkan semula dengan
pengenalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Akta 654 (SPAN)
dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang telah
diwartakan pada 20 Julai 2006 dan masing-masingnya telah dikuatkuasakan
pada 1 Januari 2007dan 1 Januari 2008.
Lanjutan
dari pengenalan serta memenuhi kedua-dua akta tersebut, Air Kelantan
Sdn Bhd telah distrukturkan semula pada akhir tahun 2007 dengan
mengadakan sebuah syarikat ‘Holding Company’ iaitu Kelantan Utilities
Mubaarakan Holding Sdn Bhd (KUM) dan beberapa anak syarikat yang lain
di bawahnya seperti Majaari Services Sdn Bhd (syarikat pembetungan),
Sihhat-Afiat Sdn Bhd (syarikat air mineral/air minum), Intaaj Pipes
Industries Sdn Bhd (syarikat pengilangan dan pengeluaran paip keluli)
dan juga AKSB sendiri. KUM pula dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan
Menteri Besar Kelantan (PMBK).
VISI
Menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dalam produk dan perkhidmatan berkaitan utiliti.
MISI
Menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam bidang
utiliti terutama sekali dalam aktiviti bekalan air dan perkhidmatan
pembetungan serta menjadi pilihan rakan kongsi strategik dalam
penyediaan perniagaan yang berkaitan di peringkat domestik dan
antarabangsa.
TANGGUNGJAWAB
• Mencari dan mengenalpasti peluang pelaburan dan perniagaan dalam bidang yang berkaitan utiliti.
• Meyediakan perkhidmatan perundingan, pengurusan dan bantuan teknikal kepada semua syarikat kumpulan.
• Membuat pemantauan dan kawalan terhadap perjalanan operasi syarikat
kumpulan seperti dasar-dasar dan polisi, pembangunan perniagaan,, aspek
perudangan dan kewangan.
MAKLUMAT KORPORAT
Dimiliki Oleh : Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Didaftarkan Pada : 29 November 2007
No Pendaftaran : 797570-U
Modal Dibenarkan : RM50.0 Juta
Modal Berbayar : RM50.0 Juta
Alamat Operasi : Lot 320, Tingkat 1, Wisma Aminah Zain
Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
No Telefon : 09-7488899 (6 Talian)
No Faks : 09-7488809
E-mail : mubaraakan@kumh.com.my
Juruaudit : Ernst & Young
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad &
Al-Rajhi Bank |