Bioteknologi
adalah aplikasi pengetahuan dan teknologi yang dibangunkan daripada
pemerhatian dan pemahaman biologi serta proses sedia ada secara
semulajadi. Tuhan telah menyempurnakan kejadian dengan sifat semulajadi
serta biologinya yang bersedia diproses untuk diekspliotasi demi
kelangsungan kehidupan manusia.
Telah
termaktub di dalam Al-Quran, mengingatkan manusia untuk berfikir dan
sebagai renungan tentang alam semulajadi, di mana terdapat pelbagai
mikrob dari spesis tumbuhan dan binatang yang dapat digunakan untuk
menyelesaikan pelbagai masalah dan dapat diaplikasikan di dalam
kehidupan.
Misi utama Kelantan Biotech
Corporation Sdn Bhd (’KBCSB’) adalah untuk mengembalikan kecemerlangan
ketamadunan Islam dalam bioteknologi. Memandangkan Negeri Kelantan
adalah berpotensi di dalam sektor pertanian, kaya dengan bahan
semulajadi dan modal insan yang dinamik, maka KBCSB berhasrat untuk
mencapai objektif berikut:
Untuk
meningkatkan status ekonomi kerajaan negeri melalui bidang bioteknologi
dalam aktiviti-aktiviti penting terutamanya melalui sektor pertanian.
Untuk
membangunkan platform teknologi sendiri di samping dalam masa yang sama
dapat melancarkan pertumbuhan industri terutamanya dengan menggalakkan
sektor swasta yang terlibat di dalam bioteknologi.
KBCSB
telah diberi kuasa untuk meletakkan satu asas yang kukuh bagi
membangunkan pertumbuhan di dalam bidang-bidang yang penting supaya
membentuk K-ekonomi di Negeri Kelantan. Perjalanan berjuta batu ini
sudah bermula dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan rakan
kongsi yang lain untuk membangunkan kebolehan kita yang sedia ada dalam
bidang agro-bioproses dan penggandaan mikroorganisma untuk
mengkomersilkan enzim industri yang bermutu tinggi..
Tidak
lama lagi, syarikat akan terus mempolopori industri bioteknologi di
Negeri Kelantan dan seterusnya di Malaysia dalam pelbagai aspek.
Contohnya dalam bidang bioteknologi keusahawanan, pembangunan dan
biobahan novel (penemuan baru) dengan menggunakan mega biodiversiti
yang berpotensi besar untuk menghasilkan produk bioteknologi berkualiti
tinggi, penghasilan enzim industri yang baru seterusnya dalam bidang
yang lebih mencabar iaitu seperti pembangunan tenaga alternatif
menggunakan bahan api dan stok