Selaras dengan dasar KNK sebagai sebuah negeri berkebajikan, satu skim
insuran warga emas telah diperkenalkan untuk memberi perlindungan
insuran kepada seluruh warga emas di negeri kelantan tanpa mengira
bangsa, agama dan fahaman politik.
Di atas kepercayaan Kerajaan Negeri kepada PMBK, maka amanah ini telah
diserahkan untuk diurus oleh PMBK melalui anak syarikatnya iaitu
Kifaalah Sdn Bhd.
Secara
ringkasnya, Kifaalah Sdn Bhd akan memberi perlindungan hayat dan
kecacatan kekal kepada warga emas yang mana RM 1500 akan diserahkan
kepada keluarga (wasi) simati dihari kematian untuk pengurusan kematian
dan tujuan berkaitan. Semua kos pembayaran kepada syarikat insuran
ditanggung oleh PMBK dan tuntutan akan dibuat oleh Kifaalah sebaik
sahaja berlaku kematian. Dilaporkan sejumlah RM 18j telah ditanggung
oleh Kifaalah sehingga hari ini.
Sejak
program ini dijalankan, seramai 98,515 warga emas telah didaftarkan
iaitu 85% dari jumlah warga emas yang terdapat di negeri Kelantan.
Walaupun program ini bukan berasaskan keuntungan, impak besar program
ini dapat dirasai diseluruh negeri. Ia juga dapat membina rasa kasih
sayang antara Kerajaan Negeri dan rakyat jelata dengan pantas hasil
dasar kebajikan yang dijalankan melalui Kifaalah ini.
Dalam
perancangan PMBK, terdapat beberapa program kebajikan yang berasaskan
konsep yang sama akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membuktikan
Dasar Islam yang menjadi dasar pentadbiran Kerajaan dapat memberi
rahmat kepada seluruh rakyat jelata.