LAMAN UTAMA  INFO PMBK  AKTIVITI  HUBUNGI KAMI  GALERI  ANAK SYARIKAT  PAUTAN  MUAT TURUN  QIADAH  WEBMAIL Bahasa : Bahasa Malaysia English

Laman Web PMBK sedang dikemaskini                     

Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

  > Home > Kifaalah Sdn Bhd > Berita > MAJLIS TAKLIMAT PROGRAM KIFAALAH & PENYERAHAN CEK PENDAHULUAN KEPADA DUN
MAJLIS TAKLIMAT PROGRAM KIFAALAH & PENYERAHAN CEK PENDAHULUAN KEPADA DUN



Kota Bharu, 11 Mac 2009 – Majlis Taklimat Program Kifaalah dan Penyerah Cek Pendahuluan Kepada DUN telah diadakan pada 11 Mac 2009 bersamaan 14 Rabiul Awal 1430H di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim.
 
Aturcara majlis bermula seawal 10.45 pagi dengan pendaftaran setiausaha dan wakil-wakil DUN, bersama dengan ketibaan kedatangan dif-dif undangan yang telah dijemput. Ucapan awal majlis ini telah dibuat oleh En. Khalili Ab Kadir, Pengurus Kifaalah Sdn Bhd dan diikuti oleh En. Mohd Zainal Abidin selaku Pegawai Pemasaran Kifaalah Sdn Bhd dalam memberi taklimat program Kifaalah. Seterusnya ucaptama telah dibuat oleh YB Dato Hj Husam Hj Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, dan majlis penyerahan cek telah dibuat secara ringkas. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah YABrs Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
 
Program Kifaalah ini diadakan untuk memberi penerangan kepada semua Yang Berhormat ADUN, penyelia, setiausaha serta wakil DUN tentang sistem intergrasi terbaru Kifaalah iaitu e-Kifaalah. Sistem ini berorientasikan pengkalan web secara atas talian bagi menggantikan sistem tertutup yang sedia ada bagi memudahkan ahli, pewaris dan orang ramai menyemak keahlian ahli Kifaalah yang telah didaftarkan. Kemudahan e-Kifaalah yang lain adalah untuk memberi satu pendekatan prasarana pendaftaran maklumat keahlian dan pendaftaran maklumat kematian di peringkat DUN masing-masing.
 
Selain itu, majlis penyerahan cek yang dibuat adalah untuk membantu meringan beban dan menyelesaikan tunggakan kewangan yang telah dialami oleh setiap DUN Kelantan. Jumlah tuntutan kematian yang telah diterima oleh Kifaalah daripada DUN sehingga Febuari 2009 adalah 10,201 orang, dan jumlah keseluruhan kos (tuntutan daripada DUN dan wasi) yang perlu ditanggung oleh Kifaalah ialah RM 25,502,500.
 
Selaras dengan konsep negeri berkebajikan, Kifaalah Sdn Bhd percaya dapat membentuk satu perlindungan hayat kepada warga emas di Negeri Kelantan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
 
Sila Klik Galeri

 
 
155 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


CARIAN
Ikut Kategori
KATEGORI
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Jabatan Perladangan
Jabatan Hartanah
Jabatan Pembangunan Perniagaan
PMBK Sawit Sdn Bhd
Kifaalah Sdn Bhd
Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd
Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Tunjong Development Corporation Sdn Bhd
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd
Air Kelantan Sdn Bhd
Sisipan
Berita
QIADAH TERBARU
Majalah Qiadah
 MUAT TURUN PERCUMA
TERBARU

PAUTAN
Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
Portal MAMPUPortal Rasmi MSC

STATISTIK PELAWAT

Atas Talian : 9
Hari Ini : 74
Keseluruhan : 212035
Sejak 19/03/2008


Dibangunkan Oleh : Unit IT PMBK / Hakcipta Terpelihara 2010 Perbadanan Menteri Besar Kelantan